Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap misi pencarian pesawat MH370, yang disambung semula pada Januari lepas, berjalan lancar agar dapat merungkai punca kejadian itu.
Beliau berkata misi pencarian itu penting terutamanya untuk waris semua mangsa pesawat malang itu, yang hilang pada 8 Mac 2014.
"Saya doakan ia (misi) dapat diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Orang Felda Sembrong Kita di Padang Felda Ulu Belitong di sini, hari ini.
Hishammuddin, yang memangku tugas Menteri Pengangkutan susulan kejadian itu, berkata apa yang penting adalah perasaan waris kesemua mangsa berkenaan.
"Yang paling penting kedudukan keluarga mereka yang terlibat, itu yang paling utama bagi saya semasa saya memangku...nak pastikan mereka faham (insiden) ini bukanlah perkara mudah," katanya.
Semasa ditanya pengalamannya semasa mengendalikan usaha pencarian pesawat itu pada 2014, Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata beliau perlu berterima kasih kepada kerajaan beberapa negara asing yang sedia bekerjasama dengan Malaysia dalam misi pencarian pesawat berkenaan.
"Benda (pencarian MH370) ini bukan satu perkara yang biasa, ia memerlukan kerjasama rapat daripada pelbagai pihak. Kelebihan yang ada pada kita ialah mempunyai ramai kawan.
"Walaupun aset-aset tidak berada di dalam gengaman kita tetapi kerana hubungan dengan negara-negara yang jauh lebih maju, mereka yang mempunyai teknologi canggih sanggup memberi sumbangan (dalam misi itu)," katanya yang juga Anggota Parlimen Sembrong.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China hilang ketika membawa 239 penumpang dan kru.
Pada pertengahan Januari lepas, operasi pencarian pesawat itu disambung dengan kerjasama syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Ltd bagi tempoh 90 hari.
Ia melibatkan 65 kru termasuk dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang mewakili kerajaan Malaysia. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 04 2018
Seorang pengunjung merakam gambar ilusi mengenai MH370 yang dipamerkan pada program 'Day of Remembrance for MH370' pada 4 Mac 2017. - BERNAMA
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).