Skip to main content

Malaysia

Misi Saifuddin bentuk masyarakat yang bijaksana dan beretika dalam komunikasi

61582204900_DATUKSAIFUDDINABDU.jpg
Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kementeriannya akan memfokus kepada pembentukan masyarakat yang menghargai komunikasi secara bijaksana dan beretika.

Masyarakat katanya perlu dipupuk untuk berkongsi maklumat yang tepat, berasas dan boleh dipercayai.

"Harus ada etika dalam komunikasi," katanya selepas majlis mengangkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini.

Ditanya perancangannya, Saifuddin berkata beliau hanya boleh memutuskan perkara itu selepas mendapat taklimat esok dari Ketua Setiausaha kementerian Datuk Suriani Ahmad.

Beliau juga berkata pernyataan misi kementerian yang sedia ada adalah baik dan menambah beliau akan menentukan sama ada penambahbaikan perlu dibuat atau pendekatan baharu diperkenal.

--BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video