awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Model baharu biasiswa JPA bakal digubal - Najib

Tan Su Lin
Tan Su Lin
14/12/2015
00:51 MYT
Model baharu biasiswa JPA bakal digubal - Najib
NAJIB: Model sedia ada tidak menguntungkan kerajaan berikutan masih wujud ruang untuk penerima biasiswa tidak meneruskan khidmat mereka dengan kerajaan. - Gambar fail
Kerajaan akan menggubal model baharu dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu bagi mencegah penerima biasiswa daripada mengelak untuk berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam.
Ujar Najib, model sedia ada tidak menguntungkan kerajaan berikutan masih wujud ruang untuk penerima biasiswa tidak meneruskan khidmat mereka dengan kerajaan.
"Apa yang berlaku, mereka yang tidak mahu bekerja dengan kerajaan, dia dengan sengaja mengagalkan dirinya dalam sesi 'temubual' jadi mereka mengelak daripada meneruskan khidmat dalam kerajaan.
"Dengan kaedah atau model seperti ini, (ia) tidak menguntungkan kerajaan. Kita biayai ratusan ribu bagi seorang pelajar, akhirnya negara tidak mendapat khidmat dia," katanya ketika berucap pada majlis makan malam tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (PPTD) di Putrajaya, Ahad malam.
Dalam ucapannya, Najib yang menyifatkan pegawai PTD sebagai pemikir, perancang dan pelaksana dalam perkhidmatan awam, perlu memikirkan sesuatu untuk mengolah semula strategi pembangunan negara dalam persekitaran global yang tidak menentu.
"Antara cabaran yang dihadapi, termasuk ekonomi yang berkembang perlahan, harga komoditi yang rendah, ekspektasi rakyat dalam menghadapi kos sara hidup dan ancaman militan IS dan di Filipina Selatan," katanya.
Topic Berkaitan
#biasiswa
#Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan