awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Model perlindungan kesihatan nasional berbeza dari Skim Peduli Sihat - Dr Dzul

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
23/07/2018
04:40 MYT
Model perlindungan kesihatan nasional berbeza dari Skim Peduli Sihat - Dr Dzul
Dr Dzulkefly menjawab pertanyaan pemberita ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA
Kerajaan sedang merancang konsep perlindungan kesihatan nasional yang berlainan daripada model Skim Peduli Sihat yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya sedang menilai pelbagai opsyen bagi memberi rakyat golongan B40 lebih faedah dan akses kepada penjagaan kesihatan.
Ia termasuk kemungkinan penerapan perlindungan takaful kesihatan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.
"Faedah penjagaan kesihatan berkualiti akan memberi lebih tumpuan kepada saringan kesihatan, aktiviti pencegahan serta pendidikan dan promosi kesihatan, terutamanya bagi penyakit tidak berjangkit dan penyakit kronik di peringkat pesakit luar.
"Opsyen berteraskan takaful pula akan menekankan pembiayaan model-model rawatan yang berkesan dan kos-efektif seperti rawatan harian dan rawatan pesakit dalaman," katanya.
Tambah beliau, pendekatan sebegini akan memberi nilai tambah kepada jaringan perkhidmatan kesihatan berkualiti dan tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada samada di klinik atau hospital awam.
"Sebaliknya, perkhidmatan kesihatan awam akan sentiasa ditambahbaik secara berterusan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya.
Beliau menjawab soalan dari S. Kesavan (PH - Sungai Siput) yang bertanya mengenai perkembangan terkini pelaksanaan Skim Peduli Sihat Nasional di seluruh negara dan sama ada Kerajaan Persekutuan mengikut model di negeri Selangor bagi seluruh negara.
Topic Berkaitan
#B40
#Dewan Rakyat
#Dzulkefly Ahmad
#kesihatan
#opsyen
#penyakit kronik
#perlindungan
#pesakit luar
#saringan
#Selangor
#Skim Peduli Sihat
#takaful
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan