awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman
Kes Cradle Fund: Mahkamah Persekutuan kekalkan pembebasan Samirah, dua remaja
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Modi akan jumpa Najib berhubung ijazah pengajian

Sathesh Raj
Sathesh Raj
23/11/2015
00:07 MYT
Modi akan jumpa Najib berhubung ijazah pengajian
erdana Menteri India, Narendra Modi meluangkan masa daripada kesibukan Sidang Kemuncak ASEAN ke 27 untuk merasmikan tugu Swami Vivekananda di pusat Ramakrishna Mission pada Ahad. - Foto Bernama
Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi menyarankan ijazah pengajian tinggi yang diperolehi di Malaysia dan India diiktiraf kedua-dua negara.
Bagi merealisasikan perkara itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secepat mungkin.
"Malaysia dan India perlu segera mengiktiraf ijazah yang diberikan oleh kedua-dua negara itu. Saya bercadang untuk berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan segera," kata Modi.
Pada masa sama, sejumlah dana tambahan bagi pendidikan akan disediakan untuk komuniti India di Malaysia, tambah beliau.
Modi berkata, "Di Malaysia dan India dana amanah pelajar telah ditubuhkan pada tahun 1954 untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar masyarakat India Malaysia yang tidak mempunyai akses untuk pendidikan. Dana ini masih diperlukan oleh sebahagian daripada masyarakat India di Malaysia dan saya berbesar hati untuk mengumumkan geran tambahan berjumlah 1 juta dolar ke dana sedia ada."
Selain bidang perubatan, masyarakat India juga perlu menggunakan peluang ini untuk menceburi dalam bidang pengajian lain.
"Ramai anak-anak anda pergi ke India untuk menjadi doktor. Walaupun bidang perubatan merupakan keperluan kritikal, masyarakat kita, saya berharap anda akan mengambil peluang ini untuk menceburi bidang lain juga," ujar beliau.
Modi berucap pada majlis 'Malaysia Welcomes Modi' pada hari kedua lawatannya ke Malaysia selepas menghadiri sidang kemuncak ASEAN-India dan sidang kemuncak Asia Timur yang ke sepuluh di ibu kota.
Pada Isnin, Modi dijangka akan merasmikan 'Torana Gate' di Little India, Brickfields.
Topic Berkaitan
#India
#Malaysia
#Najib Razak
#Narendra Modi
#pendidikan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan