awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoF perlukan paling banyak penambahbaikan dalam tadbir urus - Daim

Bernama
Bernama
20/08/2018
13:01 MYT
MoF perlukan paling banyak penambahbaikan dalam tadbir urus - Daim
DAIM: Cadangan terbabit, jika dilaksana, akan menjimatkan banyak wang kerajaan. -Astro AWANI/Shahir Omar
Kementerian Kewangan (MoF) memerlukan penambahbaikan paling banyak dalam tadbir urusnya dalam kalangan semua kementerian dan agensi, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.
Selepas bertemu dengan kebanyakan pihak yang berkaitan, CEP merasakan bahawa Kementerian Kewangan perlu diperbaiki dalam pelbagai bidang.
"MoF mesti membawa masuk wang dan hasil kepada negara. Ia juga perlu memastikan perbelanjaan tidak dibazirkan, tidak ada rasuah dan perkhidmatan awam tidak harus dipolitikkan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas selesai mandat 100 hari majlis tersebut pada 19 Ogos.
CEP ditubuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mei dengan objektif memberikan nasihat kepadanya mengenai hal-hal sosio-ekonomi dan kewangan.
Bagaimanapun, Daim tidak menjelaskan apa kelemahan kementerian tersebut, tetapi menegaskan bahawa laporan mengenai beberapa cadangan oleh CEP akan diserahkan kepada kerajaan.
"Cadangan terbabit, jika dilaksana, akan menjimatkan banyak wang kerajaan," katanya tanpa menyatakan bentuk cadangan itu.
Ditanya mengenai daya maju projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Daim berkata kosnya terlalu tinggi dan tidak dapat dilaksanakan.
"Tetapi, jika sesiapa (entiti swasta) menganggap ia berdaya maju dan dapat menurunkan kos, biarkan mereka mengambil alih. Sekiranya mereka fikir mereka boleh menghasilkan wang, teruskan tetapi mereka harus sedar bahawa pendapatan dan kos operasi juga penting," kata Daim.
Sebelum ini, beliau berkata projek ECRL akan menelan belanja tambahan RM11 bilion berbanding jumlah yang diumumkan sebelum ini sebanyak RM55 bilion.
Sementara itu, mengenai projek kereta nasional ketiga yang dicadangkan oleh Dr Mahathir, Daim secara peribadi merasakan idea itu sebenarnya tidak mengenai mewujudkan kereta nasional tetapi untuk memastikan Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang betul untuk menghadapi masa depan.
"Industri masa depan berada dalam sektor pembuatan, terutama kemahiran kejuruteraan untuk bersaing pada masa akan datang.
"Sektor automotif pada masa ini mempunyai 700,000 pekerja. Pada masa depan, kita perlu meningkatkan kemahiran kita. Mungkin kita boleh menghasilkan sebuah kereta ASEAN. Bagaimanapun, ia (inisiatif yang memerlukan) pelaburan sektor swasta, bukan oleh kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#CEP
#Daim Zainuddin
#ECRL
#Kementerian Kewangan
#Mahathir Mohamad
#Majlis Penasihat Kerajaan
#MOF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan