awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOF terima lebih 900,000 permohonan BSH 2019

Bernama
Bernama
20/02/2019
09:22 MYT
MOF terima lebih 900,000 permohonan BSH 2019
Kementerian itu berkata kira-kira 200,000 adalah permohonan baharu manakala baki merupakan permohonan kemas kini.
Kementerian Kewangan telah menerima lebih 900,000 permohonan sejak permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 dibuka pada 1 Feb lepas.
Dalam kenyataannya pada Rabu, kementerian itu berkata kira-kira 200,000 adalah permohonan baharu manakala baki merupakan permohonan kemas kini.
Kementerian itu berkata proses pendaftaran BSH 2019 dipermudah antaranya membenarkan borang permohonan diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran.
"Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja," demikian menurut kenyataan itu.
Kementerian Kewangan berkata pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian yang tidak lagi mensyaratkan muat naik dokumen.
Pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas) tidak perlu mengemas kini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses, katanya.
"Bagaimanapun, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara bagi menentukan kelayakan setiap permohonan," menurut kenyataan itu.
Bagi pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada [email protected]. Tarikh tutup permohonan BSH 2019 ialah pada 15 Mac ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam ucapan Belanjawan 2019 berkata BSH dijangka memanfaatkan lebih empat juta isi rumah, melibatkan peruntukan RM5 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bantuan Sara Hidup
#BSH
#Kementerian Kewangan
#Lim Guan Eng
#menteri
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan