awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok Foodpanda: Jawatankuasa dari tiga kementerian ditubuhkan - Kula Segaran

Bernama
Bernama
02/10/2019
15:02 MYT
Mogok Foodpanda: Jawatankuasa dari tiga kementerian ditubuhkan - Kula Segaran
Kula Segaran berkata ketiga-tiga kementerian berkenaan ialah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. -Gambar fail
Kabinet, yang mendengar isu mogok oleh penghantar makanan Foodpanda, pada mesyuarat mingguannya hari ini, membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai oleh tiga kementerian untuk mengkaji lebih mendalam mengenai perkara itu.
Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata ketiga-tiga kementerian berkenaan ialah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Kula Segaran dalam satu kenyataan hari ini berkata kementeriannya juga telah bertemu dengan wakil dari Foodpanda Malaysia iaitu pengarah urusannya Sayantan Das dan ketua pemasaran Fabian Emanuel berhubung isu penghantar makanan Foodpanda melancarkan mogok.
"Foodpanda mengesahkan bahawa syarikat itu akan memantau skim gaji baharu yang telah dilaksanakan di beberapa negeri sebelum memutuskan sama ada boleh kembali ke skim lama," kata beliau.
Menurut Kula Segaran, wakil-wakil itu menyebut bahawa di semua negeri selain dari Johor, penghantar makanan menerima skim gaji baharu yang berfungsi pada model kecekapan - lebih banyak penghantaran, lebih banyak pendapatan diterima penghantar makanan.
Beliau berkata, Kerajaan menggesa syarikat itu untuk kembali ke skim gaji lama yang memenuhi kehendak semua penghantar makanan.
Lebih 200 penghantar makanan melancarkan mogok di ibu pejabat syarikat di Kuala Lumpur pada Isnin, mendesak syarikat itu kembali semula ke skim bayaran asal dan mengancam untuk melancarkan protes di negeri-negeri lain sekiranya syarikat itu enggan menangani keluhan mereka.
Syarikat penghantaran makanan dalam talian itu telah melaksanakan skim pembayaran baharu untuk semua penghantar makanan di luar Lembah Klang berkuatkuasa 30 Sept lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fabian Emanuel
#FoodPanda
#jawatankuasa
#Kula Segaran
#mogok penghantar makanan
#Sayantan Das
#tiga kementerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan