Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan telah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat ditamatkan.
Beliau berkata, turut diterima adalah usul mencadangkan supaya khidmat Nga Kor Ming sebagai Timbalan Speaker juga ditamatkan.
Mohamad Ariff berkata, kedua-dua usul itu diterima mengikut amalan biasa dan selari dengan Peraturan Majlis Mesyuarat serta tanpa berat sebelah.
"Terpulanglah kepada Dewan untuk memutuskannya mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Saya tiada masalah secara peribadi selagi proses demokrasi dan Perlembagaan dipatuhi," katanya ringkas.
Sementara itu, Nga yang juga Ahli Parlimen Telok Intan mengesahkan, usul tersebut dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diserahkan kepada Dewan Rakyat pada petang Jumaat (26 Jun) lepas.
Nga sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan menghormati keputusan yang dibuat Dewan Rakyat sama ada mahu beliau dan Mohamad Ariff terus kekal atau melepaskan jawatan mereka mengikut perlembagaan dan peraturan Parlimen. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 28 2020
Mohamad Ariff mengesahkan telah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat ditamatkan. - Gambar fail
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Speaker bukan ejen badan Eksekutif, tidak boleh dilihat seperti dikawal kerajaan - Mohamad Ariff
Konsep yang digunapakai sejak kemerdekaan ialah Demokrasi Berparlimen, perasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman.
Parlimen Hibrid: Mudah kawal, 'mute' mikrofon wakil rakyat yang ganggu sidang - Mohamad Ariff
Dalam prosiding fizikal, ada yang berdiri, teriak sana sini, maki hamun, mencaci dan sebagainya hingga wujudnya keadaan yang tidak terkawal.
Usul pengosongan jawatan Speaker, pembangkang dakwa tidak diberi masa cukup
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lima lagi Ahli Parlimen mendakwa pembangkang juga dinafikan hak mengemukakan calon Yang Dipertua.
Mohamad Ariff akur digugurkan sebagai Speaker Dewan Rakyat
Mohamad Ariff berkata sejak dari awal beliau telah menjelaskan bahawa akan mengosongkan jawatan tersebut sekiranya ia dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Nga Kor Ming letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Kor Ming menjelaskan keputusan itu dibuat tanda solidariti terhadap Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang telah digugurkan dari jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Usul tukar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Kerajaan hadapi tentangan
Usul kerajaan untuk Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapat tentangan hebat dari pihak pembangkang.
Dewan Rakyat bentang SOP persidangan kekang COVID-19
Mohamad Ariff berkata SOP yang disediakan adalah bagi membolehkan kesemua ahli Dewan Rakyat bersidang dengan selamat dan terkawal.
Perlu berani ubah persepsi Speaker Dewan Rakyat hanya pro-Kerajaan
Selain berperanan meluluskan dasar dan undang-undang, Parlimen juga harus menyemak dan mengimbang pentadbiran kerajaan.
Ahli Parlimen PH bantah usaha tukar Speaker Dewan Rakyat, timbalan
Majlis Setiausaha PH menegaskan tidak wujud keperluan sama sekali untuk menukar Mohamad Ariff dan Kor Ming yang telah berkhidmat dengan adil dan saksama.
Mohamad Ariff sahkan terima usul cadang khidmat beliau sebagai Speaker ditamatkan
Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan telah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai speaker Dewan Rakyat ditamatkan.