awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
[KOLUMNIS] Venezuela: Mangsa penyangak dunia yang bermula daripada kelemahan dalaman negara yang berpanjangan
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC tangguh semua urusan bahagian pelesenan pelancongan sehingga 12 Mei

Bernama
Bernama
04/05/2020
10:57 MYT
MOTAC tangguh semua urusan bahagian pelesenan pelancongan sehingga 12 Mei
Semua perkhidmatan pelesenan pelancongan di Ibu Pejabat Putrajaya dan Pejabat MOTAC Negeri akan beroperasi semula pada 13 Mei.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menangguhkan semua urusan berkaitan perkhidmatan kaunter di Bahagian Pelesenan Pelancongan serta Pejabat MOTAC Negeri sehingga 12 Mei.
MOTAC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan antara perkhidmatan yang ditangguhkan melibatkan bahagian pelesenan syarikat pengendali pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan penarafan bintang ke atas Premis Penginapan Pelancong, Spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK).
"Modul pembayaran secara dalam talian di dalam Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) masih ditutup dan tidak beroperasi sehingga tarikh berkenaan.
"Bagaimanapun, permohonan dalam talian diteruskan seperti biasa dan akan diproses setelah tempoh PKP berakhir," menurut kenyataan itu.
Justeru itu, semua perkhidmatan pelesenan pelancongan di Ibu Pejabat Putrajaya dan Pejabat MOTAC Negeri akan beroperasi semula pada 13 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#MOTAC
#pelancong
#pelancongan
#pelesenan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan