MPN PKR sokong penuh kepimpinan Anwar

MPN PKR sokong penuh kepimpinan Anwar
Johari Abdul (duduk, tengah) bersama Pengerusi-Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PETALING JAYA: Ketika tumpuan negara terarah ke skandal video seks yang menyelubungi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil memberi sokongan penuh kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini, jurucakapnya yang juga Pengerusi MPN Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, mereka berdiri teguh di belakang Anwar dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan, yang boleh melemahkan parti.
Dalam masa sama, mereka juga menagih komitmen Anwar dan pimpinan pusat untuk mengutamakan hal-hal melibatkan kebajikan rakyat dan negeri termasuk janji-janji Manifesto Pakatan Harapan, terutamanya pemerintahan mereka menghampiri tahun kedua sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Kami memberi komitmen tanpa belah bahagi kepada beliau (Anwar) dalam usaha beliau memimpin negara ke tahap yang diharapkan rakyat.

“Kami yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang akan menunaikan janji-janji parti kepada rakyat sewaktu PRU lepas, dan kami akan bersama-sama beliau untuk pastikan semua ini terlaksana,” kata Johari sewaktu sidang media berkenaan.


Selain Johari, lima lagi pengerusi MPN sudah menandatangani memorandum itu ialah Amran Kamarudin (Perlis), Halim Bachik (Melaka), Azan Ismail (Terengganu), Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor (Kelantan).

Johari berkata, beliau yakin lapan lagi pengerusi MPN akan menandatangani memorandum itu dalam satu perjumpaan bersama Presiden parti di Port Dickson, malam ini.

Tag: Pengerusi MPN PKR, sokong kepimpinan Anwar, Parti Keadilan Rakyat, Majlis Pimpinan Negeri, MPN, PKR, Anwar Ibrahim


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.