Ketika fasa pertama Transit Aliran Massa (MRT) akan memulakan perkhidmatannya dari Sungai Buloh ke Semantan Jumaat ini, fasa kedua yang juga terakhir dari Semantan ke Kajang, sudah hampir 95 peratus siap.
Pengarah Projek MRT Sungai Buloh-Kajang, Marcus Karakashian berkata ia termasuk semua kerja struktur stesen, sistem rel dan tren.
"Kami jangkakan ujian perjalanan bagi fasa kedua dilakukan seawalnya pada Januari depan sebelum beroperasi pada Julai tahun yang sama," katanya dalam taklimat kepada media di sini Selasa.
Fasa kedua sejauh 30 kilometer itu membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dan ia adalah sebahagian daripada projek MRT berharga RM23 bilion sejauh 51km merangkumi 31 stesen.
Sementara itu, Ketua Bas Pengantara dan Pembangunan Infrastruktur, Rudyanto Azhar berkata 112 bas akan mula beroperasi di 21 laluan dari 12 stesen bagi fasa pertama yang bermula Jumaat ini.
Katanya kekerapan bas itu adalah antara 10 dan 15 minit manakala laluannya direka bagi memenuhi keperluan penduduk dan kawasan komersial dalam lingkungan 3km dari sesebuah stesen MRT. -- Bernama
Bernama
Tue Dec 13 2016
Fasa kedua MRT yang juga terakhir dari Semantan ke Kajang, sudah hampir 95 peratus siap. - Gambar fail
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Pematuhan SOP kunci utama Sabah yakin mampu beralih ke Fasa 3 PPN - Masidi
Masidi berkata, peranan dan sikap rakyat amat penting dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
PKP: Premis perniagaan, stesen minyak beroperasi 8 pagi-8 malam
Semua pasar raya,premis perniagaan yang menjual barangan keperluan dan stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam.