awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muar bermandi cahaya sempena sambutan hari keputeraan Sultan Johor

Bernama
Bernama
24/11/2012
03:46 MYT
Muar bermandi cahaya sempena sambutan hari keputeraan Sultan Johor
Maharani Bandar Diraja atau Muar bermandikan cahaya dan meriah malam tadi apabila jalan-jalan utamanya dilalui perarakan kereta berhias dan kumpulan kebudayaan pelbagai kaum.
Kira-kira 50,000 orang menyaksikan perarakan yang diadakan sempena sambutan hari keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang masuk hari kedua semalam.
Perarakan didahului persembahan kumpulan barongan Sungai Balang yang bermula dari Stadium Sultan Ibrahim dan melalui Jalan Sulaiman, Jalan Arab, Jalan Bakri dan Jalan Abdullah di tengah bandar sebelum berakhir di Jalan Abdul Rahman.
Ini adalah sambutan terbesar pernah diadakan sejak sambutan Muar 100 tahun pada tahun 1998.
Sultan Ibrahim berkenan berangkat bersama Tunku Mahkota Tunku Ismail Idris dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani yang menyaksikan perarakan dari pentas khas di hadapan Dewan Jubli Intan di Jalan Arab.
Perarakan 40 kontinjen itu turut terdiri daripada 26 buah kereta, antaranya dari Pihak Berkuasa Tempatan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar.
Pada esok dan Ahad akan diadakan acara kemuncak iaitu perarakan bot berhias dan pertandingan jet ski di Sungai Muar.
Topic Berkaitan
#Maharani Bandar Diraja
#Muar
#perarakan
#sambutan hari keputeraan
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan