Selepas mengharungi pemerintahan lebih enam bulan, hari ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis surat terbuka yang ditujukan kepada Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan.
Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza yang sebelum ini dilihat lebih pro kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) kini dilihat secara terbuka mengkritik dasar dan corak kepimpinan kerajaan.
Kritikan Dr Maza itu kelihatan lebih jelas dan tajam terutamanya selepas peristiwa kematian membabitkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut selepas dipukul dalam insiden rusuhan kuil Maha Mariamman tempoh hari yang mencetuskan perdebatan hangat.
Dalam surat tersebut juga Dr Maza turut mengkritik dasar pendidikan negara yang dilihat semakin menjauhi semangat keharmonian kaum dikalangan rakyat Malaysia.
Berikut adalah kandungan penuh surat terbuka beliau kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik:
ANAK MALAYSIA BAHARU MESTILAH LALUI PENGALAMAN AWAL YANG SAMA
Kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan
1. Krisis antara kaum nampaknya makin meroyak. Sejak zaman kerajaan yang lepas dan kini kerajaan baru, nampaknya, keharmonian hidup antara kaum di Malaysia menuju ke arah yang membimbangkan. Slogan 1 Malaysia telah gagal dan kini kempen PH ke arah Malaysia Baharu yang penuh teloransi dan keharmonian antara rakyat juga tidak menjadi. Bahkan makin parah. Banyak luka-luka baru yang ditoreh. Emosi telah menguasai kewarasan. Pengalaman hubungan antara kaum yang tipis dan latar pendidikan yang terlalu berbeda, menjadi antara punca usaha ke arah memahami sejarah negara dan hati budi antara kaum gagal diterapkan.
2. Ketiadaan persamaan di sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan. Hal ini disebabkan ramai anak Malaysia sejak satu tempoh yang agak lama, melalui sistem pendidikan yang tidak membolehkan mereka bertemu pada titik pengalaman dan latar pengetahuan yang sama. Ini terutamanya apabila sejak tahun pertama di bangku sekolah mereka menerima pendidikan yang secara tabiatnya bersifat eksklusif untuk sesuatu bangsa atau agama. Maka, apabila seseorang anak Malaysia dalam sepanjang tempoh pendidikannya hanya dalam persekitaran Melayu-Islam, ataupun Cina ataupun India maka pastilah latar Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan tradisi itu sukar dihayati. Apabila mereka menjadi pemimpin atau rakyat pada masa hadapan, kotak pemikiran mereka sangat terbatas kepada kelompok tertentu sahaja.
YAB dan YB, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN
3. Dalam usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum secara lestari, saya ingin mencadangkan agar semua rakyat Malaysia diwajibkan melalui sistem persekolahan yang sama sekurang-kurang daripada tahun 1 sehingga tahun 6 sekolah rendah. Dalam ertikata lain, semua anak Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem Sekolah Kebangsaan dari umur tujuh tahun sehingga ke umur dua belas tahun. Dalam tempoh inilah diharapkan mereka akan mempunyai latar pendidikan Malaysia yang sama dan pengalaman pergaulan antara kaum yang baik. Anak-anak bagaikan kain putih, di peringkat itu, tiada perkauman antara mereka. Ketika umur itu yang ada hanyalah kemanusiaan yang lahir dari fitrah keinsanan.
4. Untuk mencapai hasrat itu, Sekolah Kebangsaan hendaklah benar-benar bersifat Malaysia. Bermula dari isi kandungan pelajarannya sehingga kepada pendekatannya. Dalam erti kata lain, persekitaran sekolah itu membolehkan semua agama dan kaum belajar dengan selesa. Elemen keagamaan yang mengujudkan persekitaran yang tidak kondusif untuk pembelajaran kaum-kaum yang berbeza hendaklah dielakkan bagi perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.
5. Kita tidak boleh menafikan bahawa Sekolah Kebangsaan hari ini seakan hanya menjadi sekolah Melayu sahaja. Antara sebabnya, mungkin suasana banyak Sekolah Kebangsaan hari ini tersangat dominan Melayu-Islamnya yang kadang-kala menimbulkan kerisauan ibubapa yang berlainan agama untuk menghantar anak-anak mereka. Suasana ini hendaklah dibentuk lebih kondusif untuk semua.
YAB dan YB, PENDIDIKAN AGAMA DAN KAUM
6. Di pihak masyarakat muslim khususnya, mungkin ada yang bertanya; habis bagaimana dengan pendidikan agama anak-anak kami?
Pendidikan Islam sebenarnya boleh diteruskan di Sekolah Kebangsaan. Namun, ia bukan di sebelah pagi atau di sesi yang membabitkan semua bangsa dan agama. Pendidikan Islam boleh dilaksanakan di sebelah petang atau di sesi yang khusus. Majlis-majlis Agama Islam Negeri-Negeri boleh mengeluarkan peruntukan untuk hal ini. Ini telah lama berlaku di Johor dan Selangor. Perlis juga pada tahun 2019 mula akan mengujudkan Sekolah Agama Petang Perlis yang dibiayai oleh MAIPs (Majlis Agama Islam Perlis). Di situ berperanannya Raja-Raja Melayu dalam menjaga urusan agama. Demikian wang zakat yang dikumpulkan oleh Negeri-negeri dapat digunakan untuk pendidikan Umat Islam di negara ini. Sementara Kementerian Pendidikan menyelaras dan memastikan pendekatan pengajaran yang sesuai. Dengan ini, mungkin Pendidikan Islam akan lebih baik dan berkesan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan yang merupakan domain untuk semua bangsa agama.
7. Saya berpendapat, jika bangsa dan agama selain Muslim ataupun Melayu ingin mengajar agama dan budaya tertentu khusus untuk agama dan bangsa mereka dengan mematuhi peraturan-peraturan Kementerian Pendidikan, juga dibenarkan pada sesi petang atau berasingan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan. Namun, seperti mana Pendidikan Islam tadi, pendidikan khusus ini hendaklah dibiayai oleh komuniti mereka sendiri.
8. Sekolah-sekolah Agama Islam atau jenis Kebangsaan Cina atau India untuk peringkat rendah yang wujud hari ini, jika mereka mahu masih boleh berfungsi untuk sesi petang tersebut setelah anak-anak ini menjadi menjalani pendidikan di Sekolah kebangsaan di sessi pagi. Kos tersebut akan ditanggung oleh komuniti masing-masing.
YAB dan YB, PENDIDIKAN SELEPAS SEKOLAH RENDAH
9. Setelah murid-murid ini tamat Sekolah Rendah Kebangsaan, mereka boleh memilih aliran sekolah yang mereka ingini. Hasrat mereka untuk ke bidang agama atau selainnya dapat diteruskan selepas itu. Namun, ketika itu mereka sudah dibekalkan dengan ilmu dan pengalaman yang bersifat Malaysia.
10. Bagi memastikan kesimbungan atau ilmu awal mereka tidak terputus, maka satu mata pelajaran yang membolehkan pelajar benar-benar memahami negara ini hendaklah diwajibkan. Ataupun Kementerian boleh memperkukuhkan mata pelajaran yang sedia seperti sejarah dengan pendekatan yang mantap dan relevan.
YAB, dan YB,
11. Saya mencadangkan hal ini demi menjaga masa depan Malaysia yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Saya pohon semua pihak berkorban kepentingan mereka demi kelangsungan negara ini.
Saya mohon mencadangkan!
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Dec 22 2018
Dr Maza semakin lantang mengkritik selepas kes babitkan Muhammad Adib Mohd Kassim
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.