awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Adib mula tunjuk tindak balas

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/11/2018
10:17 MYT
Muhammad Adib mula tunjuk tindak balas
Menerusi penilaian neurologi, Adib turut menunjukkan tanda sedar dan memberi tindak balas kepada arahan percakapan (verbal commands). - fotoBERNAMA
Anggota bomba yang menjadi mangsa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan tanda positif selepas 50 jam menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan IJN, Muhammad Adib Mohd Kassim dilihat kurang bergantung kepada ubat-ubatan untuk jantungnya.
“Muhammad Adib terus menunjukkan perkembangan positif. Beliau kini kurang bergantung kepada ubat-ubatan untuk jantungnya, tahap oksigen pada mesin ECMO telah dikurangkan, namun masih memerulukan sokongan penuh terhadap buah pinggangnya.
“Beliau masih berada dalam keadaan koma disebabkan ubat yang diberi (medically-induced comatose condition),” memetik kenyataan yang dikeluarkan hari ini itu.
Malah, menerusi penilaian neurologi, beliau turut menunjukkan tanda sedar dan memberi tindak balas kepada arahan percakapan (verbal commands).
“Namun, beliau masih diberi dos penenang untuk membolehkan organ-organnya pulih.
“Buat masa ini, beliau kekal kritikal namun stabil dengan menunjukkan tanda-tanda positif,” menurut IJN.
Selain itu, pasukan perubatan IJN turut memberi sokongan fisioterapi pasif kepada Mohd Adib yang merupakan sebahagian daripada proses pemulihan kardio (cardiopulmonary rehabilitation).
Topic Berkaitan
#ECMO
#fisioterapi
#Institut Jantung Negara
#kuil sri maha mariamman
#Muhammad Adib
#pemulihan kardio
#pernafasan
#rusuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan