awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Kamil teruja ikuti aktiviti survival di Janda Baik - Bapa

Bernama
Bernama
13/05/2017
14:29 MYT
Muhammad Kamil teruja ikuti aktiviti survival di Janda Baik - Bapa
Sukri Yassin, (dua, kiri) bapa kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Muhamaad Kamil, 22, mengiringi jenazah anaknya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota, Setapak hari ini. - Foto Bernama
"Arwah begitu teruja semasa memaklumkan hendak menyertai aktiviti ini semalam kerana dia dipertanggungjawabkan menjadi ketua kumpulan...namun, saya tidak sangka akan berakhir dengan tragedi."
Demikian reaksi bapa Md Sukri Yassin, 52 bapa pelajar Universiti Teknolog MARA (UiTM) Puncak Alam, Muhammad Kamil, 22, yang maut dihempap pokok ketika mengikuti program ikhtiar hidup di air terjun Lata Charok, Janda Baik di sini, hari ini.
Katanya beliau sempat mengingatkan anak ketiganya daripada lapan beradik itu supaya berhati-hati dan menjaga diri sepanjang menyertai program itu.
"Sebagai bapa, siapa tidak sedih apabila kejadian sebegini menimpa anak yang kita sayang, namun, sebagai orang Islam, kita reda dengan apa yang berlaku," katanya yang juga pensyarah di Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur.
Md Sukri yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bentong kelihatan tenang sambil menunggu urusan bedah siasat selesai dijalankan sebelum menunaikan solat jenazah di unit berkenaan.
Jenazah Muhammad Kamil kemudian dibawa keluar dari bilik mayat pada 8.15 malam tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota, Setapak malam ini.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, Muhammad Kamil dan seorang lagi rakannya Noorain Mohtar, 23, maut akibat dihempap pokok ketika mengikuti aktiviti di Lata Charok, Janda Baik Bentong bersama 140 pelajar dan empat pensyarah dari UiTM Kampus Puncak Alam, Shah Alam.
Enam lagi rakan mangsa turut cedera termasuk seorang parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Mayat Noorain telah dituntut oleh abangnya pada 2.10 petang tadi selepas selesai dimandi dan dikafankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air terjun
#Charok
#Janda Baik
#maut
#Pelajar UiTM
#tragedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan