Segala proses dan prosedur operasi standard (SOP) agensi-agensi penting di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka diperketat selain langkah lain diambil bagi mengelak aktiviti melanggar undang-undang melibatkan pegawai dan kakitangannya.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat, berkata beliau akan memanggil semua kepimpinan dan pegawai kanan yang menguruskan agensi utama seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekembalinya ke Malaysia.
"Kita akan melihat secara lebih dekat bagaimana kita harus perketat segala bentuk proses dan SOP sedia ada dan perkara lain yang boleh kita lakukan untuk mengelak penyelewengan atau tindakan tidak bertanggungjawab oleh pegawai," katanya yang memandang serius kes-kes seumpama itu yang dilaporkan berlaku.
Seorang Penolong Pengarah JPN dan lima individu lain didakwa di George Town baru-baru ini atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud pula mengesahkan seorang pegawainya ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemalsuan cop keselamatan jabatan itu.
"Kita tidak akan berkompromi, kita tak lindungi mereka kalau maklumat siasatan terbukti mereka telah melakukan kesalahan, lebih-lebih lagi mereka adalah pegawai kerajaan," tegas Muhyiddin.
Beliau berkata apa yang berlaku mewujudkan perasaan tidak selesa di pihak kementerian.
"Mungkin orang ramai berkata ini (menunjukkan) seolah-olah kita tak beri perhatian secara lebih terperinci tentang soal pengurusan hal imigresen atau pendaftaran.
"Saya nak katakan itu tidak benarlah, tapi satu dua kes ini membuka mata kita untuk menyatakan kita tak boleh ambil mudah perkara membabitkan soal keselamatan dan kedaulatan negara yang dilakukan individu mahupun sindiket," katanya.
Muhyiddin seterusnya menggesa kakitangan KDN dan agensinya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dengan memastikan mereka menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
"Kita akan terus minta polis menyiasat hingga ke akar umbi dan kalau terbukti ada pelanggaran undang-undang, tindakan tegas mesti diambil," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan memanggil semua kepimpinan dan pegawai kanan yang menguruskan agensi utama. - Gambar fail
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.