awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin kembali bertugas minggu hadapan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/08/2018
08:10 MYT
Muhyiddin kembali bertugas minggu hadapan
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kembali bertugas pada minggu hadapan berikutan keadaan kesihatannya yang semakin baik. Gambar Facebook
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kembali bertugas pada minggu hadapan berikutan keadaan kesihatannya yang semakin baik.
Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat pada Selasa ini dan akan menghadiri beberapa mesyuarat.
Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, atas nasihat doktor, Muhyiddin akan menjalani rawatan susulan termasuk kimoterapi untuk tempoh 6 bulan sebagai langkah untuk memastikan masalah ketumbuhan beliau tidak berulang.
BACA: Muhyiddin mungkin jalani kimoterapi - Tun Mahathir
"Pihak pejabat Menteri Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa tugas-tugas rasmi Tan Sri Muhyiddin adalah agak terhad sepanjang beliau menjalani rawatan susulan.
"Ini adalah untuk memastikan beliau dapat menjalani rawatan dengan sempurna dan pulih sepenuhnya," katanya lagi.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas pada 12 Julai lalu dan cuti berehat selama kira-kira sebulan.
Sepanjang tempoh itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#Perdana Menteri
#PPBM
#presiden
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan