Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat secara terperinci kes kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Balai Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang berpunca daripada tindakan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali.

Muhyiddin dalam satu kenyataan menerusi perkongsian di Facebooknya berkata, PDRM akan lakukan siasatan sebaik mungkin untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

"Kerajaan menerima keputusan inkues kematian Allahyarham dan menyerahkan kepada pihak PDRM untuk meneruskan siasatan kes ini menurut undang-undang jenayah negara," katanya.




Pada Jumaat, Hakim Mahkamah Koroner Rofiah Mohammad umumkan keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi selari dengan kejadian.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan oleh dirinya ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).


BACA: Inkues kematian Adib bukan penamat- Peguam

BACA: Keputusan ini yang ditunggu keluarga - Abang Muhammad Adib