Negara maju perlu bersama menanggung sebahagian kos menguruskan pelarian yang berada di negara seperti Malaysia bagi membantu meringankan beban yang ditanggung dalam soal itu.
Ini ditegaskan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan pihak Pertubuhan Antarabangsa Mengenai Migrasi (IOM) yang merupakan antara atur cara lawatan kerja beliau ke bandar raya ini.
Muhyiddin berkata beliau menjelaskan bahawa Malaysia perlu mengutamakan ramai rakyatnya yang masih memerlukan bantuan kerajaan, namun pada masa sama terpaksa berdepan dengan isu pelarian seperti melibatkan etnik Rohingya dari Myanmar.
"Saya telah menyarankan agar IOM mengangkat perkara ini ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar negara maju berkongsi dengan negara seperti Malaysia dalam soal kos menyediakan kemudahan kesihatan, pendidikan dan sebagainya kepada golongan berkenaan," katanya.
Muhyiddin bercakap kepada Bernama pada Sabtu di akhir lawatan kerjanya ke Washington DC dan New York bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama keselamatan antara Malaysia dan Amerika Syarikat, bermula 15 Sept lalu.
Muhyiddin berkata IOM harus mengambil kira beban yang ditanggung Malaysia dalam menguruskan pendatang dan pelarian, dan hakikat ia berbuat demikian agar tidak dituduh negara tidak bertanggungjawab.
Beliau menarik perhatian bahawa walaupun Malaysia tidak menyertai Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), ia tetap membantu pelarian atas dasar perikemanusiaan.
Malaysia dilaporkan mempunyai sejumlah 180,000 pelarian, dan bilangan itu dikatakan kian meningkat.
Muhyiddin membuat pengamatan banyak negara maju yang menempatkan pelarian di negara mereka sebelum ini, kini bertindak mengurangkan jumlah pengambilan bagi tujuan berkenaan.
Beliau seterusnya berkata Malaysia akan mengkaji kewajaran negara menyertai IOM seperti yang dibangkitkan dalam pertemuan dengan Pengarah IOM Ashraf El Nour.
"Perkara ini disuarakan sejak dulu tapi belum diluluskan kerajaan Malaysia. Jadi kami akan kaji lebih mendalam kewajaran kami berbuat demikian," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata beliau berpuas hati dengan lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat (AS) yang disifatkan sebagai berjaya.
Lawatan itu antara lain dipenuhi dengan pertemuan bersama pegawai atasan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman AS.
Muhyiddin turut mengunjungi agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, Pusat Saringan Pengganas dan Jabatan Polis Bandar Raya New York (NYPD).
Beliau menjadi tumpuan pada forum kepimpinan anjuran Centre for Strategic and International Studies (CSIS) dan berinteraksi dengan diaspora Malaysia di Washington DC dan New York.
"Dapat disimpulkan bahawa pihak AS cukup berminat untuk bukan setakat meneruskan kerjasama dengan pentadbiran baharu iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH) malah membawanya ke tahap lebih tinggi," kata Muhyiddin.
Menurutnya, ia satu petanda mereka amat berminat memperkukuh kerjasama di bidang seperti keselamatan, pertahanan, ekonomi dan sebagainya.
"Ada yang membangkitkan supaya lawatan dari Malaysia sebegini dilakukan lebih kerap bagi menjelaskan dasar dan pendirian negara," kata Muhyiddin sambil menambah beliau sempat berbuat demikian dalam sesi pertemuan yang diatur bersama rakyat Malaysia di kedua-dua bandar raya itu.
"Antara lain, saya menjelaskan tentang hala tuju kerajaan PH, masa hadapan negara dan Wawasan Kemakmuran Bersama.
"Nampak mereka cukup berminat dan menyatakan sokongan termasuk dalam soal membanteras rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya," ujar beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 22 2019
Muhyiddin ketika menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di New York pada Khamis, 19 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa veto AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas.
Hampir separuh penyelidik AI terbaik dunia berasal dari China
AS mengekang akses kepada cip terkini China bagi memastikan status sebagai negara dengan kemajuan teknologi terkini tidak akan dipintas.
PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI
Perhimpunan Agung PBB sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau (AI).
Presiden Joe Biden anugerah geran, pinjaman RM94.8 bilion kepada Intel
Presiden Joe Biden menyerahkan geran dan pinjaman hampir $20 bilion (RM94.8 bilion) kepada Intel sekali gus merupakan peruntukan terbesar kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam pemberian subsidi.
Ukraine perlu perkuat pertahanan udara - Volodymyr Zelenskiy
Ukraine perlu memperkuat pertahanan udaranya untuk menghentikan serangan Rusia ke wilayah Sumy yang bersempadan dengan Rusia pada Selasa.