Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menziarahi pusara ayah, ibu dan dan kaum keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar, Johor.
Muhyiddin tiba bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum menuju pusara ayahnya, Allahyarham Muhammad Yassin Muhammad dan ibunya, Allahyarham Khadijah Kassim.
Beliau turut menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yassin di wakaf tanah perkuburan berkenaan.
Perdana Menteri turut menjirus air mawar di kedua-dua pusara sebelum membaca doa untuk arwah ahli keluarga.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Sabtu berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada Ahad, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara dan memulakan tugas secara rasmi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada pagi ini.
Hakim Rahman
Mon Mar 02 2020
Muhyiddin Yassin dan Noorainee Abdul Rahman menjirus air mawar di pusara. - Gambar BERNAMA
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.