MALAYSIA
Mukhriz nafi bapanya dalang kontroversi 1MDB

MUKHRIZ: Dakwaan yang telah dilemparkan terhadap Dr Mahathir adalah tidak benar.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang yang mendedahkan satu persatu masalah yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Malah beliau turut menolak sebarang tuduhan yang mengaitkan bapanya termasuk pendedahan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) Jumaat lepas.
Mukhriz menyifatkan dakwaan yang telah dilemparkan terhadap bapanya itu adalah tidak benar.
“Saya agak hairanlah kenapa kenyataan itu dibuat oleh perdana menteri. Mungkin dia ada maklumat lain, tapi saya tak percaya. Walaupun Tun Mahathir telah bangkitkan beberapa isu berkait dengan 1MDB, tetapi yang utama beliau tidak terlibat dalam usaha-usaha memalsukan dokumen. Malah menjadi dalang di sebalik Wall Street Journal ini, saya ingat tidak adil,” kata Mukhriz.
Beliau yakin Dr Mahathir langsung tidak terlibat dalam perkara tersebut.
Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah di laman Facebooknya menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk segera menangkap Dr Mahathir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami