awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mungkin ada 'Kluster Gunting Rambut' jika ramai positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2020
10:08 MYT
Mungkin ada 'Kluster Gunting Rambut' jika ramai positif COVID-19
Malaysia mungkin mempunyai Kluster Gunting Rambut jika berlaku peningkatan kes jangkitan daripada seorang penggunting rambut warga Pakistan yang disahkan positif COVID-19 semalam.
Malaysia mungkin mempunyai Kluster Gunting Rambut jika berlaku peningkatan kes jangkitan daripada seorang penggunting rambut warga Pakistan yang disahkan positif COVID-19 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan ia tidak diumumkan sebagai sebuah kluster memandangkan ia masih kekal satu kes positif COVID-19.
"Setakat ini tiada kluster (gunting rambut), hanya seorang sahaja yang positif. Namun kalau ramai yang positif kita mungkin ada kluster gunting rambut," katanya dalam sidang media harian di sini pada Sabtu.
BACA: Kerajaan belum terima laporan tukang gunting positif COVID-19
Jelasnya lagi, melihat kepada kes penggunting rambut warga asing itu, lelaki warganegara Pakistan berkenaan telah melanggar Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan dengan menjalankan aktiviti gunting rambut secara haram.
"Jadi kalau kita lihat pada kes gunting rambut itu, isunya kita sudah keluarkan SOP untuk mereka yang terlibat dalam gunting rambut. Namun isunya ketidakpatuhan kepada SOP tersebut. Sebelum SOP dikeluarkan, tukang gunting itu jalankan aktiviti gunting rambut secara haram iaitu dari rumah ke rumah. Keputusan ujian belum balik lagi, dia telah menjalankan tugas.
"Jadi kita harap supaya warga asing penggunting rambut lakukan ujian COVID-19. Inilah ketidakpatuhan. Namun kita telah ambil tindakan dan kita telah terpaksa menjalankan kontak rapat dan mereka yang telah dapat khidmat gunting dari dia. Kes positif kita telah asingkan dan masukkannya ke hospital dan kes dikenalpasti sebagai kontak rapat telah diarahkan kuaratin di rumah. Tindakan telah diambil dan siasatan sedang dijalankan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#haram
#Hospital
#kerajaan
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#lelaki
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#operasi
#Pakistan
#rumah
#siasatan
#SOP
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan