awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid antara tiga maut dipanah petir di Batu Pahat

Bernama
Bernama
18/05/2015
23:26 MYT
Murid antara tiga maut dipanah petir di Batu Pahat
Murid antara tiga maut dipanah petir di Batu Pahat
Seorang murid dan dua bapa murid maut dipanah petir di perhentian bas di Parit Kajan Sri Medan, Batu Pahat tengah hari Isnin.
Mangsa dikenali sebagai Siti Nur Aina Hairi, 9, yang sedang menunggu bapanya; Huda Janif @ Haji Abdullah Omar, 35, dan Norazwan Juwari, 41, yang sedang menunggu anak-anak masing-masing keluar dari sekolah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata kejadian pukul 12.45 tengah hari itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Rengas Karjan, Sri Medan.
Beliau berkata kedua-dua bapa itu meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan dalaman badan dan melecur.
Siti Nur Aina pula dilapor meninggal dalam perjalanan ke hospital kerana kecederaan pada kepala dengan kesan terbakar di rambut serta kerosakan paru-paru.
Ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Hospital Sultanah Nora Ismail untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#petir
#Siti Nur Aina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan