Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Musa Aman sedia untuk memberi kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan berhubung siasatan kes rasuah ke atas beliau.

Peguamnya, Zahir Shah yang mewakili Musa, turut menegaskan bahawa beliau (Musa) juga tidak mempunyai halangan sekiranya pihak SPRM melakukan pemeriksaan ke kediaman beliau.

Selain disiasat atas kes rasuah Musa juga dihendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu dilaporkan tidak berada di negeri ini ketika ini.

Hasil tinjauan ke kediaman peribadi beliau di Jalan Temasuk, Taman Fook Tin, Luyang, pada hari ini mendapati pintu gerbang rumah terkunci dengan rapi dan hanya kelibat beberapa individu dipercayai pembantu rumah sekali sekala kelihatan di perkarangan dalam kediaman tersebut.