Tan Sri Musa Hassan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 15 Mei lepas.
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara itu telah dipersetujui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
"Beliau yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara Kelapan pada 12 Nov 2006 hingga 12 Sept 2010 telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah USIM selaras dengan Seksyen 17(1)(f) Perlembagaan USIM (Wakil Berpengetahuan dan Berpengalaman)," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut pengurusan universiti berbesar hati dengan pelantikan Musa dan percaya pengalaman yang dimilikinya mampu memberi sumbangan yang signifikan dalam membawa USIM ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang.
"Ini terutamanya dalam menjayakan Misi USIM 2022 untuk menjadi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi. Ia sekali gus turut memenuhi hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa," jelas kenyataan itu.
Musa yang juga Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perangsaraf dan Media Informasi (CMIWS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah memegang pelbagai jawatan lain di dalam pasukan polis antaranya Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (1995), Timbalan Pengarah I JSJ Bukit Aman (2001), Ketua Polis Johor (2003), Pengarah JSJ Bukit Aman (2004); dan Timbalan Ketua Polis Negara (2005).
Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Penaung, Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) dan Pengerusi, Komuniti Prihatin Jenayah Malaysia (MCCC).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 03 2020
Pengurusan universiti berbesar hati dengan pelantikan Musa dan percaya pengalaman yang dimilikinya mampu memberi sumbangan yang signifikan. - Gambar fail
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah
Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo. Beliau kini bertugas sebagai CEO syarikat Broadcom Inc.
Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil tindakan terhadap pemaju bermasalah.
Separuh firma Jepun timbang lantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah - Tinjauan
Pemegang saham di Jepun kini menggesa syarikat supaya membetulkan ketakseimbangan jantina dalam barisan lembaga pengarah masing-masing.
Barisan Ahli Lembaga Pengarah Juventus letak jawatan serta-merta
Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli, dan keseluruhan ahli lembaga pengarah kelab meletakkan jawatan secara mengejut, awal pagi tadi.
Lembaga pengarah perlu kekal bebas, elak terlalu bergantung pada pengurusan - SC
Ahli lembaga pengarah bukan 'perhiasaan' dan jawatan berkenaan tidak harus dilihat sebagai satu keistimewaan atau kesempatan mendapatkan manfaat.
Wanita diseru fokus agenda perkasa wanita dalam pembangunan negara - Noraini
Noraini berkata wanita hari ini semakin berdikari, kuat, berani dan bukan lagi lemah serta hanya mengikut arahan.
Pengarah Eksekutif Perak Corp Bhd lepaskan jawatan
Peletakan jawatan Zainal Iskandar berlaku selepas beberapa peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah lain bulan lepas.
Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu
Pembukaan semula sempadan antarabangsa membolehkan Teleport menjalankan operasi sepenuhnya.
Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia
Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.
Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.