awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#MusaadahCOVID19 ringankan beban asnaf dan frontliner

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2020
07:52 MYT
#MusaadahCOVID19 ringankan beban asnaf dan frontliner
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad A-Bakri menjelaskan, misi #MusaadahCOVID19 dalam usaha meringankan beban asnaf dan petugas hadapan (frontliner) COVID-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memulakan misi #MusaadahCOVID19 di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain yang telah dikenal pasti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad A-Bakri menjelaskan, misi berkenaan dalam usaha meringankan beban asnaf dan petugas hadapan (frontliner) COVID-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
"Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang biasanya disalurkan pada setiap 25hb, telah mula dimasukkan ke akaun bank penerima secara berperingkat bermula hari ini, 19 Mac 2020.
"Ia melibatkan jumlah keseluruhan RM8.94 juta kepada 22,000 asnaf. Ini bertujuan meringankan beban asnaf khususnya untuk mendapatkan barangan keperluan asasi dalam situasi semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Selain itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui JAWI Food Bank dengan Restoran Ali Maju juga telah menyumbangkan makanan kepada petugas hadapan COVID-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada tengahari Khamis.
Misi #MusaadahCOVID19 akan diteruskan sehingga minggu hadapan dan semua sumbangan akan sampai kepada sasaran yang dikehendaki.
"Saya ingin menyeru dan menggesa badan-badan korporat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) masing-masing untuk turut menyumbang kepada rakyat yang memerlukan bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#bank
#COVID19
#Islam
#JAWI
#koronavirus
#menteri
#Perdana Menteri
#perubatan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan