awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim banjir bukan hanya cerita air naik, tapi rumah pun runtuh

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/12/2017
20:36 MYT
Musim banjir bukan hanya cerita air naik, tapi rumah pun runtuh
Keadaan sebahagian rumah mangsa yang musnah teruk apabila dilanda tanah runtuh dari bukit berhampiran. - Astro AWANI
Sebuah keluarga yang menghuni sebuah rumah di Kampung Sungai Toh, Limau Kasturi di sini tergamam apabila mendapati sebahagian struktur rumah mereka runtuh akibat ditimbus runtuhan tanah dari bukit di belakang kediaman mereka pada malam Khamis.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam, ketika hujan lebat melanda.
Mangsa, Rosdi Akiri Ismail bersama isteri dan anaknya bernasib baik kerana berada di rumah ibu bapanya di Kampung Jeram Tekoh kerana memindahkan barang berikutan dilanda banjir.
Rosdi berkata, sebaik dimaklumkan rakannya, dia terus bergegas pulang dan melihat bahagian depan rumahnya sudah tertimbus tanah dari bukit berhampiran.
“Hujan lebat (maka) tak berani nak duduklah (di rumah). Masa berlaku kami sekeluarga tak ada di rumah kerana pergi tolong orang tua saya yang rumah mereka ditenggelami air.
"Tapi kawan-kawan saya beritahu rumah saya pula musnah,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah yang turut melawat keluarga itu berharap mangsa bersabar dengan kejadian yang berlaku.
Keadaan hujan ketika ini memberi risiko kepada mangsa kerana kemungkinan berlaku runtuhan kali kedua.
Topic Berkaitan
#ADUN Paloh
#banjir
#bencana
#Datuk Nozula Mat Diah
#hujan lebat
#rumah runtuh
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan