Kebanyakan pusat peranginan pulau-pulau terkenal di Terengganu menghentikan tempahan pakej pelancongan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.
Hanya beberapa buah sahaja yang dilaporkan akan beroperasi sepanjang tahun terutama bagi memenuhi permintaan pelancong asing yang berminat dengan sukan luncur ombak.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, semua pusat peranginan di Pulau Perhentian telah ditutup bermula Okt kecuali empat buah iaitu Sharila Perhentian Resort, Coral View Resort, D'Rock Garden Resort dan Aina Ohana yang akan beroperasi sepanjang tahun.
Manakala di Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Kapas, Marang, operasi kebanyakan pusat peranginan dihentikan sementara sejak Okt lepas, manakala operasi di Pulau Tenggol, Dungun dihentkan akhir bulan ini.
Rata-rata pengusaha yang ditemui Bernama berkata penutupan tersebut dilakukan bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang bimbang dengan keselamatan pelancong terutama ketindaktentuan keadaan cuaca dan laut bergelora.
Tinjauan bersama pasukan Jabatan Taman Terengganu ke Pulau Perhentian baru-baru ini juga mendapati kebanyakan pengusaha giat melakukan persediaan dan memindahkan pelbagai peralatan terutama bot ke lokasi selamat.
Kini, kebanyakan pulau hanya dihuni pekerja dan pengusaha bagi memantau keadaan sekeliling sepanjang musim tengkujuh dan ini memberi laluan untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan pada bilik-bilik penginapan di pulau itu.
Pengusaha salah sebuah pusat peranginan di Pulau Perhentian, Masron Mustafa, 40, berkata penutupan itu pastinya mengurangkan pendapatan ramai pekerjanya tetapi ia perlu dilakukan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Katanya, ia juga telah menjadi rutin tahunan buat mereka setiap tahun untuk menutup tempat penginapan sementara waktu bermula Okt sehingga Feb dan dibuka sepenuhnya pada Mac setiap tahun.
"Saya telah menutup pusat peranginan sejak pertengahan Oktober. Difahamkan masih ada pengusaha penginapan lain yang masih beroperasi dan bakal tutup pada awal November, manakala ada juga yang dikatakan beroperasi sampai hujung tahun ini.
"Pada musim tengkujuh keadaan ombak yang tidak menentu boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada pelancong yang berkunjung ke pulau dan aktiviti yang dilakukan juga amat terhad berbanding hari biasa," katanya ketika dihubungi.
Masron berkata pada musim itu juga perkhidmatan bot tidak akan beroperasi seperti hari biasa dan ia menyukarkan pelancong untuk masuk ke pulau.
Ketika ditanya mengenai risiko yang biasanya berlaku di Pulau Perhentian, beliau berkata biasanya keadaan terkawal ekoran pulau berkenaan terlindung dari berdepan angin kuat berikutan adanya bukit yang menghalang angin daripada menerjah kawasan pusat peranginan.
Malah katanya, kerosakan yang dialami tidaklah seteruk kawasan peranginan lain seperti di Pulau Kapas.
Perkara itu diakui pengusaha pusat peranginan di Pulau Kapas Hawa Abdul Rahman kerana sejak beberapa tahun lalu beliau mengalami kerugian akibat musim tengkujuh dan terpaksa mengeluarkan kos pembaikan lebih daripada RM1 juta.
Katanya, hentaman ombak dan angin kuat bukan sahaja telah menerbangkan bumbung malah merosakkan peralatan lain.
"Ombak Kapas Resort akan tetap beroperasi sehingga musim tengkujuh tetapi tidak membukanya pada kemuncak demi keselamatan. Masih ada beberapa pelancong Eropah yang tinggal di situ semata-mata untuk bermain ombak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 03 2019
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, semua pusat peranginan di Pulau Perhentian telah ditutup bermula Oktober. - Gambar hiasan/BERNAMA
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Masalah bekalan air bersih di Marang selesai dengan pojek naik taraf dua tangki
Abdul Karim berkata dua projek yang menelan belanja sebanyak RM60 juta itu telah siap dan beroperasi 15 Mac lepas.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
29 mangsa banjir berlindung di tiga PPS di Marang malam ini - NADMA
Sebanyak 29 mangsa daripada lapan keluarga yang terjejas akibat banjir di Marang, Terengganu berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di daerah itu, setakat malam ini.
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat, dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam tadi.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di 18 kawasan di Terengganu
TNB membuat penutupan bekalan elektrik di 18 kawasan membabitkan tiga daerah di Terengganu setakat 10 pagi tadi berikutan keadaan hujan dan banjir.
Banjir termenung: Penduduk resah aktiviti harian terganggu
Banjir 'termenung' sejak sebulan lepas meresahkan lebih 50 penduduk Kampung Rawai, Marang yang menghadapi kesukaran menjalankan aktiviti harian.
Remaja Rohingya lemas ketika mandi di tali air
Seorang remaja lelaki etnik Rohingya lemas ketika mandi-manda di tali air bersama tiga rakannya di Kampung Sena Rendang di daerah Marang, petang tadi.
Lebih 10 rumah rosak dilanda ribut di Marang
Angin kuat tiba-tiba membadai rumahnya, menyebabkan lebih daripada sebahagian bumbung tercabut.
Hasrat 120 penduduk di Marang diami rumah sendiri tidak kesampaian
Hasrat 120 pembeli rumah di Taman Sri Purnama, Kampung Gong Cempedak fasa tiga di sini, untuk memiliki kediaman sendiri tidak kesampaian.
Aidilfitri: Lapan kawasan di Marang dijangka alami gangguan air
Ia melibatkan Kampung Gong Kasim, Bukit Kecil, Durian Pahit, Gong Balai, Pasir Putih, Alor Ketitir, Fakir dan Felda Rantau Abang 1.