awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustapa diberi mandat runding terma perjanjian TPPA - Najib

Bernama
Bernama
06/10/2015
09:24 MYT
Mustapa diberi mandat runding terma perjanjian TPPA - Najib
perdana menteri berkata beliau dan kabinet telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Mustapa (gambar) untuk berunding terma-terma TPPA. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menerusi laman Twitternya @NajibRazak hari ini, perdana menteri berkata beliau dan kabinet telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Mustapa untuk berunding terma-terma TPPA.
"Adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kepentingan ekonomi jangka panjang negara dipelihara dan pada masa yang sama, kepentingan domestik tidak dikompromi," kata beliau.
Saya dan Kabinet telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Dato' Sri Mustapa Mohamed untuk berunding terma-terma Perjanjian TPPA (1/2)
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 6, 2015
Adalah tgjwb krjn utk memastikan kepentingan ekonomi jangka pnjg negara dipelihara&pd ms yg sama, kepentingan domestik tdk dikompromi (2/2)
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 6, 2015
Sementara itu, Mustapa di dalam satu kenyataan semalam berkata TPPA yang dirumuskan baru-baru ini bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia termasuk pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.
Mustapa berkata butiran fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.
Belia turut memberi jaminan bahawa keputusan sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPPA akan menjadi keputusan secara kolektif.
"Sebaik sahaja teks rasmi perjanjian siap dan disediakan, ia akan dibawa kepada pengetahuan umum dan dibentangkan di Parlimen untuk dibahas. Kita juga akan mengadakan perundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan dan orang awam," katanya.
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#Najib Tun Razak
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan