awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal ke tahun satu secara sukarela sesuai dengan perkembangan dan potensi kanak-kanak
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#MyAPEC2020: MEDAC berperanan bentuk Pelan Tindakan PKS APEC baharu

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/02/2020
09:37 MYT
#MyAPEC2020: MEDAC berperanan bentuk Pelan Tindakan PKS APEC baharu
Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (dua, kiri) berbual bersama para delegasi antarabangsa pada Bengkel Usahawan Muda APEC di ibu negara pada Selasa - Foto MEDAC
Pelan tindakan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sedang dirangka Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sebelum dibentangkan kepada anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akhir tahun ini.
Ia bakal menggantikan Agenda Tindakan Boracay yang matang penghujung tahun ini selepas dilancarkan di Filipina sewaktu menjadi tuan rumah APEC pada 2015.
Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata antara elemen yang diketengahkan termasuk dari segi pembangunan keusahawanan, digital, agenda sosial dan keusahawanan serta kerjasama di antara sektor awam dan swasta.
"Ini akan menggantikan dokumen polisi di bawah APEC mulai dari 2021 dan seterusnya. Kandungan dokumen polisi itu kita masih berbincang dengan pemegang taruh termasuk dengan pihak Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
"Antara intipatinya adalah apa yang sedang dijalankan oleh MEDAC juga di Malaysia. Misalnya dari segi pembangunan keusahawanan, digitalisasi, agenda sosial, keusahawanan sosial dan sebagainya.
"Termasuk juga kerjasama awam swasta kerana kita rasa semuanya tidak boleh terserah kepad apihak kerajaan untuk dibangunkan tetapi perlu juga berganding bahu dengan pihak swasta," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi bergambar bersama para delegasi antarabangsa pada Bengkel Usahawan Muda APEC di ibu negara pada Selasa - Foto MEDAC
Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi bergambar bersama para delegasi antarabangsa pada Bengkel Usahawan Muda APEC di ibu negara pada Selasa - Foto MEDAC
Beliau sebelum itu menyampaikan ucaptama pada Bengkel Usahawa Muda APEC yang disertai lebih 150 peserta termasuk wakil usahawan muda dari anggota-anggota ekonomi APEC.
Bagaimanapun, proses rundingan dan perbincangan bersama pemegang taruh serta Sekretariat APEC mengenai kandungan pelan tindakan berkenaan masih lagi berjalan.
Jelasnya, inklusiviti, inovasi dan pendigitalan bakal menjadi tumpuan dalam pelan tersebut seiring tema PKS APEC 2020.
"Inklusiiviti, tiada siapa yang akan ketinggalan. Ini sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Inovasi, kita nak mengubah persepsi bahawa apabila kita bercakap berkenaan PKS hanya sektor tertentu sahaja.
"Tetapi sebenarnya kita nak bangunkan kemampuan kapasiti PKS dalam semua sektor termasuk sektor bertaraf tinggi. Digitalisasi, dalam dunia sekarang, segalanya adalah digital. Ini sangat penting, kita ingin bangunkan kapasiti PKS dalam aspek digital," katanya.
Kerangka pelan tersebut akan dibentangkan pada mesyuarat kerja kumpulan PKS ke-50 di Amerika Syarikat pada Mei ini untuk dibincangkan dengan anggota-anggota APEC yang lain.
Selepas itu, satu dialog dasar akan diadakan pada Julai di Kuala Lumpur sebelum dibentangkan kepada Menteri-menteri PKS APEC sewaktu Minggu PKS APEC pada September ini.
Pelan tersebut kemudian akan dibentangkan kepada semua ketua negara APEC pada bulan November ini.
Topic Berkaitan
#agenda
#APEC
#kerajaan
#Medac
#MyAPEC2020
#pembangunan usahawa
#PKS
#usahawan
#usahawan muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan