Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

MyBHA gesa kerajaan keluarkan pakej khas bagi pengusaha industri pelancongan

MyBHA gesa kerajaan keluarkan pakej khas bagi pengusaha industri pelancongan
Pengusaha hotel bajet terpaksa menanggung kos operasi hotel serta membuat bayaran gaji walaupun perniagaan mereka tidak menerima sebarang pendapatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) menggesa kerajaan mengkaji semula dan mengeluarkan satu Pakej Rangsangan Khas bagi industri pelancongan yang telah terjejas sejak sebelum penularan wabak COVID-19 di Malaysia lagi.

Presiden MyBHA Emmy Suraya Hussein berkata, pengusaha kini akan terpaksa menanggung kos operasi hotel serta membuat bayaran gaji walaupun perniagaan mereka tidak menerima sebarang pendapatan.
Ini menyebabkan mereka terpaksa mengambil langkah menghentikan perniagaan sementara menunggu keadaan kembali pulih, sekali gus menyebabkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

“Kami juga ingin menyeru kepada kerajaan supaya mengambil langkah-langkah yang tegas dan segera dalam membendung apa-apa jenis perniagaan perkhidmatan penginapan atas talian yang menawarkan penginapan selain daripada hotel dan penyedia perkhidmatan.
“Penginapan yang tidak berlesen telah sekian lama menjadi suatu ancaman industri.

"Penyelesaian ini akan sedikit sebanyak dapat membantu perkhidmatan perhotelan untuk kembali bangkit dan pulih lebih awal setelah Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) ditamatkan dan wabak COVID-19 dihapuskan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

MyBHA mewakili pengusaha-pengusaha hotel tiga bintang ke bawah.