Humanitarian Care Malaysia (MyCare) melancarkan kempen MyRamadan, bertujuan meraih sumbangan sebanyak RM3.5 juta pada bulan Ramadan dan Syawal bagi membantu masyarakat Islam yang kurang bernasib baik di beberapa negara tahun ini.
Pengerusi MyCare Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata kebanyakan bantuan itu akan disalurkan kepada rakyat Palestin dan ke kem-kem pelarian di Turki, Lubnan, Jordan, Yaman, Somaliland dan Bangladesh.
"Semasa kempen ini diperkenalkan pada tahun 2010, tujuan kami hanya membantu rakyat Palestin, tetapi kini ia telah diperluas ke beberapa negara seperti Syria, Iraq dan masyarakat Rohingya di Bangladesh.
"Bantuan ini merangkumi pek makanan seperti beras, tepung, minyak masak dan kurma supaya mereka dapat berpuasa dengan baik. Kami juga berharap dapat menyediakan baju dan duit raya kepada kanak-kanak supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri dengan gembira," katanya ketika melancarkan kempen itu di sini.
Beliau berkata kempen MyRamadan turut memperuntukkan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia seperti ibu bapa tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU).
Turut hadir Duta Yaman ke Malaysia Dr Adel Mohamed Ali BA Hamid.
Sebagai tambahan kepada kempen MyRamadan tahun ini, MyCare juga akan menjalankan misi kemanusiaan ke Somaliland selama seminggu melibatkan enam sukarelawan termasuk penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir .
Orang ramai boleh membuat sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad iaitu 551575004299 (Maybank Islamic), 12092010034904 (Bank Islam), 8602135592 (CIMB Islamic) atau secara dalam talian di https://mycareproject.org/myramadan.
Sementara itu, Adel Mohamed berkata perang saudara yang berterusan di Yaman sejak akhir 2014 telah mengorbankan lebih 14,000 orang dan kira-kira 22 juta orang memerlukan bantuan.
Beliau berharap lebih ramai orang dapat memahami kesukaran dihadapi mereka dan mendapatkan maklumat yang betul tentang apa yang berlaku di negara bergolak itu.
"Masalahnya ialah beberapa media cenderung untuk mendapatkan kepentingan politik melalui krisis ini.
"Oleh itu, orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada kerajaan atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan laporan badan-badan antarabangsa supaya mereka dapat gambaran tepat mengenai situasi semasa," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun May 05 2019
Adel Mohamed (dua, kiri) dan Hafidzi (kanan) menyaksikan menyaksikan artis tempatan yang juga Pengasas IamFaithMen Faizal Tahir menyampaikan sumbangannya selepas Majlis Pelancaran Kempen MyRamadan dan Misi Kemanusiaan ke Somali pada Ahad. - BERNAMA
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya