"Sdap ape..xsedap..(sedap apa..tak sedap)".
Ia WhatsApp terakhir Ahmad Sobri Haron, 26, yang turut berada di dalam helikopter yang nahas di Sarawak, kepada anggota keluarganya apabila diusik bahawa beliau akan seronok dapat menaiki helikopter.
Kiriman dihantar beliau pada 2.15 petang semalam itu, mendapat reaksi adik-beradiknya yang lain, dan ada mendoakan supaya beliau selamat mendarat, namun tiada sebarang balasan daripada mangsa.
Adik bongsu Ahmad Sobri, Siti Noriah, 22, berkata abangnya yang dipanggil Abang Cik itu, baru sahaja pulang ke kampung pada hujung April lalu dan sempat membawa kedua ibu bapa mereka bercuti di Cameron Highlands.
IKUTI LAPOR LANGSUNG NAHAS HELIKOPTER ASTRO AWANI DI SINI
"Abang Cik (Ahmad Sobri) seorang yang penyayang. Saya berdoa agar abang cik selamat," katanya dalam nada hiba ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Bukit Cempaka di sini.
Siti Noriah berkata Ahmad Sobri yang masih bujang, amat meminati kerjaya sebagai anggota polis dan mula menjadi pengawal peribadi sejak tiga tahun lepas.
Katanya Ahmad Sobri menamatkan latihan polis pada 28 Dis 2012. Beliau merupakan pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.
Siti Noriah berkata keluarganya hanya menyedari berlaku nahas membabitkan anak keempat daripada lima beradik itu, menerusi televisyen malam tadi.
"Mak dan ayah serta dua adik beradik lain telah ke Kuching. Mak dan ayah keluar dari sini sejak 12 tengah hari tadi dan kedua beradik lain akan tunggu di KLIA," katanya, yang turut menunjukkan gambar kiriman Ahmad Sobri menerusi WhatsApp sekitar 11.50 pagi semalam.
Gambar tersebut menunjukkan Ahmad Sobri sedang 'berselfie' bersama seorang lagi di dalam sebuah helikopter.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berharap Ahmad Sobri terselamat dan keluarganya tabah menerima dugaan tersebut.
Bernama
Fri May 06 2016
Gambar terakhir yang dikirim pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun (kiri) kepada adiknya pada 11.50 pagi semalam. Beliau merupakan pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon. - Gambar Bernama
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Jenazah Ahmad Sobri Haron selamat disemadikan
Jenazah Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Haron selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah,Kuala Nerus kira kira jam 8.40 pagi.
Nahas helikopter: Rangkuman hari ketiga operasi SAR
Pasukan mencari dan menyelamat nahas helikopter RPC6828 untuk mencari seorang lagi mangsa hilang yang dalam perjalanan balik dari Betong ke Kuching di Sarawak akan disambung awal Ahad.
Nahas helikopter: 'Dok sedap', WhatsApp terakhir Ahmad Sobri
Ia WhatsApp terakhir Ahmad Sobri Haron yang turut berada di dalam helikopter yang nahas di Sarawak, kepada anggota keluarganya apabila diusik bahawa beliau akan seronok dapat menaiki helikopter.