Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) maut manakala anak dan isterinya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

Nahas berlaku di KM39.5 jalan Kuala Terengganu–Kuantan kira-kira jam 6 petang Selasa.

Zakaria Nordin, 38, meninggal dunia semasa menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Merchang, Marang.

Ketika kejadian mangsa yang menaiki kereta Perodua Axia yang dipandu rakannya dari arah Kuantan menuju ke arah Kuala Terengganu.

Sejurus tiba dilokasi kejadian sebuah kereta Proton Iswara dikatakan hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

Ekoran kejadian itu juga menyebabkan isteri mangsa Norhaseza Hussin, 30, yang mengandung tiga bulan serta anak mereka Nur Syazwani Zakaria, 3, mengalami kecederaan parah.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan ketika dihubungi di hubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.

Manakala mangsa yang parah juga turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.