awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas lima rentung, pemandu treler milik 13 saman, positif dadah

Aida Aziz
Aida Aziz
07/10/2018
03:59 MYT
Nahas lima rentung, pemandu treler milik 13 saman, positif dadah
Pemandu treler mendakwa terpaksa membelok ke kanan dan menghimpit pembahagi jalan bagi mengurangkan kelajuan kenderaannya yang mengalami kerosakan brek, menyebabkan kemalangan maut dekat Terowong Menora pada Sabtu. - Gambar fail
Pemandu treler yang merempuh sebuah kereta sehingga mengorbankan lima individu termasuk seorang bayi di Kilometer 255.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora pada Sabtu, mempunyai 13 rekod saman.
Malah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Kangsar turut mengesahkan pemandu treler itu positif dadah jenis Methamphetamine.
Tiada rekod jenayah lampau dikesan menerusi nombor kad pengenalan dan pemandu tersebut telah ditangkap untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim, kesemua saman yang dikeluarkan terhadap pemandu berusia 41 tahun itu, kebanyakannya membabitkan kesalahan pandu laju, telah dijelaskan.
Kata Razali, siasatan juga mendapati kenderaan syarikat yang dipandu lelaki terbabit mempunyai 11 saman dan hanya tiga saman yang masih belum diselesaikan.
BACA: Lima maut terbakar dalam nahas treler-kereta dekat Terowong Menora
"Pemandu treler itu ditahan di lokasi kejadian semalam dan ujian air kencing telah pun dilakukan terhadap suspek.
"Berdasarkan keterangan awal pemandu, dia terpaksa membelok ke kanan untuk menghimpit pembahagi jalan bagi mengurangkan kelajuan treler selepas mendapati brek kenderaannya gagal berfungsi.
"Rakaman percakapan lelaki itu telah diambil dan siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini pada Ahad.
BACA: Saya dengar suara sayu minta tolong - Saksi kemalangan maut
Ujarnya, pemandu treler itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar esok untuk proses reman sekiranya siasatan masih belum lengkap.
Sementara itu, di unit forensik Hospital Kuala Kangsar, beberapa individu dipercayai waris mangsa hadir bagi menjalani ujian DNA pada jam 9 pagi tadi.
Butiran kesemua mangsa masih dalam siasatan menerusi bedah siasat dan memerlukan ujian DNA dari keluarga mangsa bagi membuat pengecaman identiti.
Topic Berkaitan
#Kuala Kangsar
#Mahkamah Majistret
#Nahas
#pandu laju
#pemandu
#pengecaman
#polis
#Razali Ibrahim
#reman
#saman
#siasatan
#suspek
#Terowong Menora
#treler
#Ujian air kencing
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan