awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Terowong Menora: Lesen pemandu digantung seumur hidup

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/10/2018
06:44 MYT
Nahas Terowong Menora: Lesen pemandu digantung seumur hidup
Dalam tragedi Sabtu lalu, lima individu termasuk seorang bayi meninggal dunia. - Gambar fail
Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan membuat penilaian bagi menetapkan hukuman yang lebih berat seperti pergantungan lesen memandu seumur hidup kepada pemandu yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian.
Menurut Loke, Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 adalah longgar dan tidak tegas.
"Kementerian akan mempertimbangkan perkara ini, kebanyakan kes tidak jatuh hukum maksimum 10 tahun penjara pun, tiada sebatan dan saya merasakan ia cukup longgar.
"Saya dah bincang dan kita nak lihat balik Seksyen ini, kalau mana-mana pemandu sebabkan kematian lesennya akan digantung seumur hidup," katanya pada sidang media di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya di sini, hari ini.
Kenyataan itu dibuat susulan kemalangan melibatkan pemandu treler yang telah merempuh sebuah kenderaan di berhampiran Terowong Menora sehingga menyebabkan lima invidu maut, Sabtu lalu.
Untuk rekod, Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Seremban itu berkata perkara tersebut memerlukan masa untuk dilaksanakan dan masih di peringkat kajian.
"Kita perlu berbincang dengan pelbagai pihak di luar kementerian termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi pengangkutan jalan lain.
"Perkara ini akan dikaji dan diperhalusi sebelum pelaksana dan dibawa ke peringkat Parlimen," katanya.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Anthony Loke
#APJ 1987
#kemalangan
#lesen
#maut
#nyawa
#Parlimen
#penjara
#Putrajaya
#Terowong Menora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan