"Saya terkejut apabila terdengar bunyi letupan yang kuat macam bom," kata seorang saksi kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth di sini petang Rabu.
G. Sharvinter, 14, yang berada di Kuil Sri Muneeswaraswami Devasthanam, 100 meter dari tempat kejadian berkata kira-kira 5 petang, beliau sedang bersiap untuk sembahyang dan tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan.
"Saya terus lari keluar dari kuil untuk melihat apa yang berlaku dan asap kelihatan dari pangkalan TUDM berhampiran," katanya kepada Bernama.
Sharvinter berkata kawasan udara di situ sering dilalui pesawat tetapi kali ini, bunyinya lain daripada bunyi pesawat yang sedang terbang kerana ia begitu kuat seakan-akan bunyi letupan bom.
Beliau yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku kemudian terdengar bunyi siren ambulans memasuki tempat kejadian beberapa minit kemudian.
Dalam kejadian kira-kira 5.18 petang itu, seorang juruterbang TUDM maut manakala tiga lagi cedera apabila pesawat jenis Beechcraft B200T yang dinaiki mereka terhempas.
Sementara itu, seorang penduduk kampung Pekan Darat, Mohd Fazil Awang, 53, berkata semasa kejadian, beliau sedang menunggang motosikal dari masjid selepas menunaikan solat asar sebelum terdengar bunyi kuat dan melihat kepulan asap dari dalam Pangkalan TUDM.
Katanya sebelum itu, beliau ternampak pesawat berkenaan terbang rendah dan menyangka ia hendak mendarat di landasan di situ.
"Memang dari pagi tadi nampak ada dua pesawat buat latihan di sini dan selepas nampak asap tebal saya terus ke kedai makanan berhampiran sebelum terdengar bunyi ambulans serta bomba masuk ke dalam kawasan TUDM," katanya.
Mohd Fazil berkata beliau dan beberapa pelanggan di kedai itu ingin melihat lebih dekat apa yang terjadi dan cuba menghampiri pagar di pangkalan itu bagaimanapun dihalang oleh anggota TUDM yang bertugas di situ.
"Kami dimaklumkan ada pesawat yang sedang berlatih terhempas dan kami semua diarah tinggalkan kawasan berhampiran TUDM," katanya yang terkejut dengan kejadian tersebut.
Bernama
Wed Dec 21 2016
Dalam kejadian kira-kira 5.18 petang itu, seorang juruterbang TUDM maut manakala tiga lagi cedera apabila pesawat jenis Beechcraft B200T yang dinaiki mereka terhempas. - Foto pembaca Astro AWANI
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas pesawat Beechcraft bukan masalah teknikal - Timbalan Menteri
Tiada sebarang masalah teknikal pada pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Disember tahun lalu.
Mangsa nahas TUDM semakin pulih
Keadaan tiga orang mangsa nahas pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth pada bulan lepas kini dilapor dalam keadaan stabil.
Siasatan nahas pesawat Beechcraft TUDM menjurus kepada faktor teknikal, kemanusiaan
Siasatan nahas pesawat jenis Beechcraft B200T yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, 21 Dis lepas kini menjurus kepada faktor teknikal dan kemanusiaan.
Nahas TUDM: Hishammuddin galak anak lelaki juruterbang ikut jejak bapa
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggalakkan anak lelaki sulung mendiang Mejar C. Kayamboo supaya meneruskan impiannya menjadi seorang juruterbang.
Nahas pesawat TUDM: Saya mimpi buruk sebelum kemalangan - Ayah mendiang
M.Chellam memberitahu Astro AWANI hari ini bahawa beliau melihat anaknya dilitupi kain sarung bersama kelibat seorang lelaki terbaring.
Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat
TUDM akan melakukan siasatan untuk kenal pasti punca pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM.
Nahas TUDM bunyi seakan-akan letupan bom - Saksi
Dua saksi yang berada 100 meter dari tempat kejadian berkata kira-kira 5 petang, beliau sedang bersiap untuk sembahyang di kuil tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan.
Mendiang meninggal pada hari ulang tahun - Rakan Mejar Kayamboo
Hari ini merupakan hari lahir Mejar Kayamboo yang ke-45, dan hari ini jugalah beliau meninggal akibat nahas pesawat terhempas petang tadi.
Insiden pesawat terhempas: Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya jadi tumpuan
Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya malam ini, menjadi tumpuan selepas berlakunya insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas.
PM Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat TUDM terhempas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam insiden pesawat TUDM terhempas di Butterworth hari ini.