awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ditahan polis di bawah Akta Rahsia Rasmi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/04/2016
11:02 MYT
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ditahan polis di bawah Akta Rahsia Rasmi
Rafizi ditahan di luar bangunan Parlimen sebentar tadi.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, dilaporkan ditahan polis sebentar tadi sejurus keluar dari menghadiri sidang Parlimen.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, mengesahkan perkara itu melalui status yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi PKR beberapa minit yang lalu.
Assalamualaikum dan salam hormat.Saya difahamkan YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden serta...
Posted by Parti Keadilan Rakyat on
Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut membuat pengesahan mengenai penahanan itu melalui akaun Twitternya.
@PDRMsia sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) April 5, 2016
Dalam status yang dimuat naik, kata Khalid, Rafizi ditahan di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Menjawab tweet pertanyaan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa, yang mengklasifikasikan penahanan itu sebagai 'penculikan', Khalid mengingatkan agar terma tersebut tidak digunakan sewenang-wenangnya.
Wlill the IGP @KBAB51 immediately disclose where his men are taking @rafiziramli after kidnapping him outside parliament?
— R.Sivarasa (@SivarasaRasiah) April 5, 2016
@PDRMsia ingat kan org ini supaya hati2 gunakan perkataan. Kalau kurang faham maknanya jgn guna. 'Kidnapping' pic.twitter.com/E0uwQswuRc
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) April 5, 2016
Semalam Bernama melaporkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi terhadap LTAT.
Pengerusinya Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata: "Jelas sama sekali bahawa tuntutan yang dibuat oleh Rafizi adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT.
Topic Berkaitan
#Keadilan
#Khalid Abu Bakar
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan