awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naikkan gaji minimum? Masih tidak mampu atasi peningkatan kos sara hidup - Tun M

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/03/2019
08:26 MYT
Naikkan gaji minimum? Masih tidak mampu atasi peningkatan kos sara hidup - Tun M
Dr Mahathir menegaskan sebaliknya apa yang perlu dilakukan adalah dengan menambahkan kecekapan dan disiplin dalam kalangan jentera pemerintah kerajaan sekarang. - Gambar Fail
Perdana Menteri berkata ramai yang berpendapat bahawa sekiranya gaji minimum dinaikkan ia boleh membantu mengurangkan kenaikan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat ketika ini, sekaligus meningkatkan kuasa beli dalam kalangan pengguna.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan mendorong majikan di sektor swasta untuk menaikkan gaji kakitangan mereka, yang seterusnya menyebabkan berlaku penambahan kos dalam pengeluaran dan harga barangan.
Beliau menegaskan, sebaliknya apa yang perlu dilakukan adalah dengan menambahkan kecekapan dan disiplin dalam kalangan jentera pemerintah kerajaan sekarang.
“Apabila kita naik gaji bukan sahaja bawah gaji minimum kepada gaji minimum, tetapi yang ada di atas juga perlu dinaikkan. Maka kos keluaran dan kos khidmat akan meningkat.
“Apabila kos keluaran dengan kos perkidmatan naik, maka barangan yang dijual juga akan naik harga dan itulah yang berlakunya kenaikan kos sara hidup apabila kiita naik gaji,” katanya sewaktu dialog sempena Majlis Perhimpunan CUEPACS bersama Perdana Menteri di Universiti Putra Malaysia, hari ini.
Dr Mahathir berkata walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dihapuskan, namun kenaikan harga barang masih lagi berlaku berikutan tindakan ‘orang tengah’ yang sesuka hati menaikkan harga.
Susulan itu, katanya kementerian berkenaan kini sedang meneliti usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam menangani kenaikan kos sara hidup.
Topic Berkaitan
#cuepacs
#cukai barangan dan perkhidmatan
#gaji minimum
#GST
#kerajaan
#kos sara hidup
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan