Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan surat tuntutan kepada Mohd Rafizi Ramli supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berhubung pembelian kain di sebuah gedung tekstil terkemuka di negara ini.
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada pemberita selepas pengurusan kes saman fitnah membabitkan Najib dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara hari ini.
Mohd Hafarizam berkata beliau mendapat arahan daripada perdana menteri semalam untuk menyiapkan dan menyerahkan surat tuntutan kepada Naib Presiden PKR itu secepat mungkin.
Mohd Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika perhimpunan mansuh GST di Dataran Merdeka, 2 April lepas.
Sementara itu, Mohd Hafarizam berkata kes saman Najib terhadap Dr Ling akan didengar di hadapan hakim lain berikutan O'Hara hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman berkenaan.
Katanya, hakim itu menarik diri untuk mengelakkan salah tanggapan masyarakat kerana beliau dan Dr Ling merupakan alumni Maktab Tentera Diraja iaitu Persatuan Bekas Putera.
Peguam itu berkata keputusan O'Hara itu tidak dibantah oleh pihaknya dan juga peguam Villie Nethi, mewakili Dr Ling.
"Kes berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin tetapi masih belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sebutan kes itu," kata Mohd Hafarizam.
Najib memfailkan saman terhadap Dr Ling atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan menerusi satu artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Okt tahun lepas.
Pada 27 Okt tahun lepas, Najib menyaman Dr Ling selaku defendan, antara lain memohon perintah supaya bekas menteri pengangkutan itu menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan olehnya.
Najib juga memohon perintah injunksi untuk menghalang Dr Ling atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.
Beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan menerusi satu artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Okt 2015.
Katanya, perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau (Najib) menyalahgunakan dana kerajaan ke dalam akaun peribadi untuk kepentingan peribadi, menyalahgunakan dana kerajaan milik sebuah syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta tidak kompeten atau layak menjadi ketua kerajaan atau perdana menteri Malaysia.
Bernama
Wed Apr 06 2016
Mohd Hafarizam (gambar) berkata beliau mendapat arahan daripada perdana menteri untuk menyiap dan menyerahkan surat tuntutan kepada Rafizi secepat mungkin. -Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ambil pekerja PATI: Pengurus sumber manusia Jakel didenda RM25,000
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhi hukuman itu ke atas Kamaruddin Su, 41, selepas dia mengaku bersalah mengambil pekerja wanita Sukiyati, 46, yang tidak memiliki pas yang sah.
Najib akan kemuka surat tuntutan kepada Rafizi berhubung kenyataan pembelian kain
Mohd Hafarizam berkata beliau mendapat arahan daripada perdana menteri semalam untuk menyiapkan dan menyerahkan surat tuntutan kepada Naib Presiden PKR itu secepat mungkin.