awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib arah polis siasat protes salib Taman Medan

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2015
12:18 MYT
Najib arah polis siasat protes salib Taman Medan
Tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada jika kumpulan yang mengadakan bantahan di luar gereja di Taman Medan didapati melanggar undang-undang negara. -Gambar fail
Tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada jika kumpulan yang mengadakan bantahan di luar sebuah gereja di Taman Medan didapati melanggar undang-undang negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan setelah mengadakan perbincangan di peringkat Kabinet.
“Rakyat mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara dan menghormati amalam beragama seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.
“Selain itu, kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi serta saling hormat menghormati antara kaum yang berbeza agama,” kata Najib.
Beliau turut berkata bahawa Kabinet berpendapat bahawa mereka sepatutnya berbincang dengan pihak yang berkenaan jika mempunyai sebarang bantahan dan tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat berbilang bangsa.
Tambah Najib, kerajaan Negeri Selangor berkuasa ke atas status rumah kedai ini sama ada ia didaftar sebagai rumah ibadat dan diberi kebenaran untuk beroperasi.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#gereja
#Kenyataan
#Najib Tun Razak
#protes salib
#Taman Medan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan