Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Parlimen mengambil tindakan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan rumusan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa wang GST tidak hilang.
BACA: Kutipan GST RM19.4 bilion tidak hilang - Pengerusi PAC
Beliau mendakwa rumusan itu membuktikan Guan Eng telah berbohong kerana mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan dakwaan kehilangan wang GST.
"Laporan PAC yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat hari ini merumuskan secara rasminya bahawa wang GST tidak hilang atau dirompak BN seperti didakwa oleh Guan Eng tahun lepas.
"Kerajaan PH layak digelar sebagai sebuah kerajaan kangaroo atau kerajaan yang gagal dan tidak mematuhi prinsip rule of law jika Parlimen tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Lim Guan Eng yang telah jelas terbukti memfitnah dan berbohong di dalam Dewan Rakyat yang mulia," katanya dalam status terbaharu yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Isnin.
Malah, secara sini, katanya jika tindakan tidak diambil ke atas Menteri Kewangan itu, kerajaan dianggap mengamalkan "Rule of Guan Eng".
"Jika Guan Eng terlepas dari tindakan setelah membuat pembohongan amat dashyat ini, maka Rakyat akan mempunyai keraguan untuk semua jawapan-jawapan yang diberi oleh mana-mana menteri PH dalam Parlimen.
"Kita tengok kerajaan PH ini mengamalkan 'Rule of Law' atau 'Rule of Guan Eng'," ujarnya.
Pada Isnin, Pengerusi PAC berkata jawatankuasa itu merumuskan tiada kehilangan wang RM19.4 bilion kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Ia adalah antara enam rumusan dibuat PAC yang memulakan prosiding mengenai isu berkenaan sejak 12 September tahun lalu melibatkan 12 saksi.
Rahimah Abdullah
Mon Jul 15 2019
Najib mahu Parlimen mengambil tindakan terhadap Lim Guan Eng susulan rumusan PAC bahawa wang GST tidak hilang. -Astro AWANI
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).