awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Najib hanya angguk gugurkan jawatan' - Muhyiddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/07/2015
09:24 MYT
'Najib hanya angguk gugurkan jawatan' - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Saya bertanya adakah saya tidak disenaraikan dalam Kabinet itu, dia (Najib) hanya angguk. - Astro AWANI/Shahir Omar
"Saya bertanya adakah saya tidak disenaraikan dalam Kabinet itu, dia (Najib) hanya angguk," itu penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila ditanya bagaimana beliau diberitahu berkenaan pengguguran jawatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Muhyiddin yang mengakui hanya diberitahu mengenainya pada Selasa, memberitahu menerima panggilan sekitar jam 11.30 pagi ketika beliau berada di Sendayan, Negeri Sembilan.
"Tapi saya hanya dapat bertemu dengan beliau (Datuk Seri Najib Razak) selepas saya pulang ke Putrajaya lebih kurang jam 12.15 begitulah.
"Dia (Najib) jemput saya dan bagi tahu selepas perbincangan dan berikan pendapat beliau, dan saya menjelaskan apa-apa yang patut saya jelaskan," jelas Muhyiddin pada sidang media khas di kediamannya di Bukit Damansara hari ini.
Muhyiddin turut mengajukan persoalan berkenaan tujuan perjumpaan tersebut.
"Lepas itu saya bertanya, apa tujuan saya dijemput? Adakah ada kaitan dengan rombakan jemaah menteri? Dia (Najib) mengangguk.
"Lepas itu saya kata: Adakah 'you' nak cakap apa-apa dengan saya? Dia (Najib) rasa susah nak cakap. Adakah bermakna nama saya tak tersenarai? Bila dia mengangguk saya kata terima kasih.
Topic Berkaitan
#bubar
#gugur
#jawatan
#kabinet
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#rombak
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan