Datuk Seri Najib Razak mengecam sekeras-kerasnya taktik "panggilan spam" yang diterima ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) daripada nombor antarabangsa hari ini.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu turut mengarahkan tindakan segera diambil oleh pihak berkaitan.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya taktik 'panggilan spam' yang diterima ramai pemimpin BN daripada nombor antarabangsa.
"Telefon yang diserangi ‘spam’ ini tidak dapat berfungsi seperti biasa. Selain itu, banyak laman web BN pun tak boleh diakses. Saya telah arahkan supaya tindakan segera diambil,” katanya menerusi Twitter rasminya.
Beberapa pemimpin BN yang terlibat turut memuat naik gambar panggilan daripada nombor yang tidak dikenali itu menerusi laman Twitter masing-masing.
Calon BN Parlimen Sepanggar, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menerusi Twitternya @mpkotabelud berkata: “BN leaders’ handphones have been under technical attack since morning. Calls from overseas keep coming in every few seconds! To prevent us from communicating with our machinery. This is dirty trick! (Telefon bimbit pemimpin-pemimpin BN mengalami serangan teknikal sejak pagi. Panggilan dari luar negara diterima terus menerus selang beberapa saat! Untuk menghalang kami daripada berkomunikasi dengan jentera kami, Ini muslihat kotor!).
Calon BN Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya berkata: “Just finished voting and realized all these missed calls from unknown numbers. Strange.” (Baru selesai mengundi dan sedar mengenai semua panggilan yang tidak dijawab daripada nombor yang tidak diketahui. Pelik)
“Saya masih menerima panggilan-panggilan pelik dari luar negara terutamanya dari Amerika. Difahamkan ramai yang terima panggilan spam tidak dijawab macam ini pagi ini,” luah Datuk Seri Azalina Othman Said di Twitternya.
Calon kerusi Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh turut menerima panggilan daripada nombor-nombor yang tidak dikenali sepanjang pagi ini.
Rungutan mengenai panggilan spam itu turut dibuat oleh pemimpin pembangkang antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui media sosial masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 09 2018
Beberapa pemimpin BN yang terlibat turut memuat naik gambar panggilan daripada nombor yang tidak dikenali itu menerusi laman Twitter masing-masing. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).