Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya gejala Islamophobia dengan menyatakan ia merupakan satu bentuk penindasan dan diskriminasi yang melampau.
Memberi contoh Islamophobia, Najib, dalam catatan terbaharunya di Twitter dan blog NajibRazak.com, merujuk kepada satu insiden di Amerika Syarikat apabila seorang remaja lelaki Islam ditahan polis kerana mencipta sebuah jam yang disangkakan sebagai bahan letupan.
"Inilah yang dipanggil Islamophobia. Tindakan mereka yang sentiasa cuba mengaitkan Islam dengan keganasan ini sangat dikutuk," katanya.
Beliau berkata Islam sering dikaitkan dengan keganasan walhal keganasan merupakan krisis kemanusiaan yang melibatkan semua tanpa mengira agama, dan ramai lagi gologan bukan Islam yang melakukan keganasan.
Peperangan yang mengorbankan nyawa beratus ribu orang di Iraq dan kekejaman Israel ke atas Palestin juga merupakan satu bentuk keganasan, malah ia lebih besar skalanya dan sudah berlaku berdekad lamanya, kata Najib.
"Penggunaan bom nuklear dan bom kimia jika digunakan, yang membunuh berjuta orang awam, juga adalah satu keganasan.
"Mereka ini bukannya beragama Islam namun tidak pula dianggap sebagai pengganas," katanya.
Untuk itu, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya bersatu melindungi satu sama lain tanpa mengira agama.
Bernama
Fri Sep 25 2015
Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya bersatu melindungi satu sama lain tanpa mengira agama. - Gambar Fail
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Suspek bunuh empat sekeluarga berdepan tuduhan berkaitan keganasan
Suspek kes pembunuhan empat sekeluarga di Kanada, Nathaniel Veltman akan berdepan satu lagi tuduhan berkaitan keganasan.
Guru siar karikatur Nabi Muhammad cetus protes di Leeds
Guru Besar bertindak memohon maaf dan menyatakan guru tersebut telah digantung sementara penyiasatan lanjut dijalankan.
Islamofobia di Perancis: Anwar utus surat terbuka kepada Macron
Kenyataan yang dikeluarkan Emmanuel Macron amat menyinggung perasaan lantaran ia tidak berasas sama sekali.
Sistem pendidikan tinggi Malaysia diiktiraf dunia - Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia
Sheikh Prof Dr Ahmed al-Raissouni berkata kualiti pendidikan, siswazah dan segala hasil penyelidikan Malaysia menjadi contoh kepada bukan sahaja negara-negara Islam malah negara Barat juga.
Tiada langsung kemajuan dalam dunia Islam, sindir Erdogan terhadap OIC
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan hari ini mengkritik pertubuhan yang sepatutnya menjaga kebajikan negara-negara Islam.
KL Summit 2019 pentas cari solusi tangani Islamophobia - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan delegasi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur mengenai bahayanya peningkatan persepsi ketakutan terhadap Islam, atau Islamophobia serta keperluan.
'KL Summit 2019 tidak akan diskriminasi, pinggir mana-mana pihak' - Dr Mahathir
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) tidak akan melakukan apa-apa diskriminasi atau meminggirkan mana-mana pihak, jelas pengerusinya yang juga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur penting untuk bawa mesej Islam sebenar - Mujahid
Radikalisme melahirkan tindakan keganasan kononnya atas nama agama yang membawa kepada Islamophobia, kebimbangan tidak berasas sehingga mewujudkan diskriminasi dan stigma buruk terhadap umat Islam.
Malaysia sedia kerjasama atasi sentimen Islamophobia
Mohamad Sabu berkata perkara berkenaan akan dibincangkan pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit) akan datang.