awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib kutuk serangan agen saraf di Salisbury

Bernama
Bernama
20/03/2018
03:37 MYT
Najib kutuk serangan agen saraf di Salisbury
NAJIB: Mempunyai pengalaman yang serupa di tanah air, kita mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam keadaan apa sekalipun. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan agen saraf baru-baru ini ke atas bekas pegawai perisikan tentera Rusia, Sergei Skripal, 66, dan anak perempuannya Yulia, 33, di Salisbury, barat daya London.
"Mempunyai pengalaman yang serupa di tanah air, kita mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam keadaan apa sekalipun, #SalisburyAttack," kata Najib dalam Twitter beliau, hari ini.
Bekas perisik Rusia yang menjadi ejen talam dua muka bagi Britain, Sergei dan Yulia ditemui rebah di bangku di luar sebuah pusat beli belah di Salisbury pada 4 Mac. Mereka masih dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.
Pihak berkuasa British membuat kesimpulan bahawa Sergei dan Yulia diracun dengan agen saraf ''Novichok''.
Begitu juga di Malaysia, Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un, yang sedang menunggu penerbangan ke Macau di klia2 dipercayai dibunuh selepas mukanya disapu dengan agen saraf VX pada 13 Feb, tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agen saraf
#Britain
#Kim Jong-nam
#Korea Utara
#London
#Najib Razak
#perisik
#racun
#Rusia
#Salisbury
#senjata kimia
#serangan
#Sergei Skripal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan