awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib lancar saluran perjalanan ASEAN, GOASEAN

Bernama
Bernama
27/04/2015
04:55 MYT
Najib lancar saluran perjalanan ASEAN, GOASEAN
NAJIB: GOASEAN bermatlamat mencungkil keindahan tersembunyi setiap negara anggota ASEAN dan mengetengahkannya sebagai khazanah tunggal untuk diteroka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan GOASEAN, saluran perjalanan pertama yang memfokuskan ASEAN, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.
GOASEAN bermatlamat mencungkil keindahan tersembunyi setiap negara anggota ASEAN dan mengetengahkannya sebagai khazanah tunggal untuk diteroka.
Saluran ini dijangka meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan, mempromosi kembara sesama anggota ASEAN dan meningkatkan rasa kekitaan ke atas tarikan santai yang dimiliki ASEAN.
Saluran itu juga bertujuan menjadikan ASEAN sebagai model destinasi pelancongan tunggal selepas kejayaan Eropah.
Saluran 24/7 itu akan memulakan siaran di Saluran 737 Astro Jun ini dan kemudiannya dikembangkan ke platform lain termasuk televisyen protokol internet, terus ke rumah, digital dan mudah alih.
Ditubuhkan pada 1967, ASEAN dianggotai 10 negara yang terdiri daripada Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand and Vietnam.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#GoAsean
#model destinasi
#najib
#pelancongan
#saluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan