Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Razak sengaja mengeluarkan minit mesyuarat oleh pemegang saham bagi melindungi dirinya daripada tuduhan penyelewengan 1MDB.
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang juga bekas CEO Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) ketika membacakan penyataan saksinya berkata beliau percaya minit mesyuarat berkenaan telah ditandatangani oleh bekas perdana menteri itu atas nasihat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low.
"Sekarang ini, setelah siasatan ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB telah didedahkan, baru saya faham bahawa minit oleh pemegang saham itu sengaja dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib pada 16 Sept 2009 untuk melindunginya daripada apa-apa tuduhan menyeleweng dan seterusnya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pihak Ahli Lembaga Pengarah (BOD).
"Ini kerana, dua hari selepas itu telah berlangsung satu mesyuarat BOD untuk membincangkan mengenai penggunaan dana daripada bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) untuk memasuki satu projek usahasama dengan PetroSaudi iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh Prince Turki dan Tarek Obaid," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan hari ke-13 kes Najib membabitkan dana 1MDB.
Saksi pendakwaan kesembilan itu turut mengesahkan 'Minutes By Representative Of Holding Company Relating To Proceedings Of Subsidiary Company Pursuant To Section 147(6) Of The Companies Act 1965' yang ditandatangani oleh Najib selaku pemegang saham melalui MOF Inc.
"Dokumen ini dikeluarkan bagi meluluskan penurunan kuasa kepada BOD TIA untuk membuat transaksi dalam amaun yang besar sebagaimana yang diperlukan oleh Seksyen 132C Akta Syarikat 1965 selaras dengan penukaran hak milik syarikat TIA kepada Kerajaan Persekutuan.
"Walaubagaimanapun, penurunan kuasa ini tidak merangkumi hal-hal lain sepertimana yang termaktub dalam Artikel 117 MA 1MDB, contohnya...'affect the guarantee given by the Federal Government of Malaysia, national interest, national security or any policy of the Federal Government of Malaysia'.
"Oleh itu, walaupun dokumen ini ada dikeluarkan, ia tidak mengurangkan kuasa muktamad Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke atas 1MDB," jelasnya.
Terdahulu, Shahrol Azral, yang juga saksi penting pihak pendakwaan turut mengesahkan surat pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang dikeluarkan oleh Najib pada 17 Sept 2009.
Najib merupakan pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 25 2019
Najib ketika hadir pada perbicaraan hari ke-11 kes beliau membabitkan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 23 Sept, 2019. Astro AWANI/SHAHIR OMAR/Gambar fail
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.