awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib mahu punca pesawat TUDM mendarat cemas disiasat secepat mungkin

Haider Yutim
Haider Yutim
26/02/2016
07:33 MYT
Najib mahu punca pesawat TUDM mendarat cemas disiasat secepat mungkin
NAJIB: Punca kejadian ini perlu disiasat secepat mungkin. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu punca kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di Kuala Selangor pagi tadi, disiasat secepat mungkin.
Dalam satu catatan di laman Facebooknya hari ini, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada nelayan yang membantu menyelamat anak-anak kapal pesawat jenis CN235 itu.
"Alhamdulillah, semua 8 anak kapal CN235 TUDM yang mendarat cemas di Batu 2, Kuala Selangor selamat. Punca kejadian ini perlu disiasat secepat mungkin.
"Terima kasih juga kepada nelayan tempatan yang menghulurkan bantuan kepada anak-anak kapal TUDM. Semoga Allah SWT merahmati anda," katanya.
Dalam insiden pagi Jumaat itu, sebuah pesawat tersebut telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor sekitar jam 8.50 pagi tadi.
Menurut TUDM dalam kenyataan pesawat yang berpangkalan di PU Subang itu telah mendarat di Pantai Asam Jawa.
Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal juga dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, juruterbang pesawat berkenaan dilaporkan cedera manakala seorang nelayan meninggal dunia ketika cuba membantu anak kapal.
TUDM memaklumkan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, dan akan berusaha untuk membuat pemulihan bagi pesawat tersebut.
Topic Berkaitan
#Kuala Selangor
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PM
#Siasat
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan